Sunday, December 28, 2008

Jangan mencuri!

" [38] Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[39]
Maka sesiapa yang bertaubat sesudah dia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."


Al-Maidah.







Thursday, December 18, 2008

Game Islami di PS3

Buat sesuatu mesti bertujuan. Tidak ada orang yang membuat sesuatu perkara tanpa tujuan hatta orang duduk termenung pun ada tujuannya. Cubalah tanya tujuannya.

Dalam penghasilan produk-produk seni, lebihlah lagi maksud dan mesej yang ingin diselitkan. Orang menulis puisi, mengarah filem, melukis lukisan atau mengeluar drama, semuanya mempunyai tujuan yang besar. Iaitu mesej yang dibawa secara tersurat mahupun tersirat.

Umat Islam sebenarnya mempunyai obligasi yang besar untuk menggunakan medium-medium tadi membawa dakwah Islamiyyah, menceritakan keindahan Islam, gaya hidup Islam mahupun menangkis serangan `membunuh' Islam.

Alhamdulillah, walaupun kecil dan sedikit (pada pengetahuan aku) sudah ada rakan-rakan kita di seluruh jagat membawa mesej-mesej Islami untuk kegunaan seluruh jagat juga.

Tetapi teringin juga aku melihat ada karyawan kita yang menghasilkan permainan video Islami (bagaimana ya?) di PS3 yang sekurang-sekurangnya dapat melawan balik propaganda secikai ini.

Terima kasih kepada emak & bapak aku yang menghantar aku belajar di universiti berteknologi, sekurangnya aku ambil endah juga tentang teknologi ini..




Ada sesiapa berminat?

Monday, December 15, 2008

Arahan Dari Istana

Sebenarnya suasana di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya sudah lama memikat hatiku. Tetapi yang lebih menarik minat aku ialah persekitaran kawasan kediaman di situ berbanding Pusat Pentadbiran itu sendiri. Banyak nilai sentimental berlegar di situ selain terletaknya rumah mertuaku dan cawangan tempat kerjaku.

Bagiku menghirup udara di persekitaran tasik dekat Masjid Putra sungguh menenangkan. Atau jalan-jalan sambil berbasikal di Taman Botani sungguh menyihatkan. Atau ambil-ambil angin di puncak Menara Tinjau sungguh menyenangkan mata memandang. Alah, jalan-jalan menyusuri jalan ke Surau Presint 11 pun sudah melegakan.

Begitulah persekitaran yang diwujudkan oleh kerajaan persekutuan untuk pekerja-pekerjanya atau juga disebut government servant. Hamba kerajaan. Selesa, indah dan nyaman semata untuk mengabdikan ketaatan kepada kerajaan.

Bagaimana pula ketaatan kita kepada Raja segala Raja? Yang menduduki kerajaan di atas segala kerajaan, kuasa segala kuasa, hakim segala hakim dan takhta segala takhta. Dia yang menduduki 'Arasy di atas KursiNya di IstanaNya yang menakluk segala-galanya.

Bersamalah kita patuh kepada arahan dari Istana, sebagai hamba, kita kena buat kerja.




Friday, December 5, 2008

Hujan yang menerbangkan payung, merapatkan jemaah

Sungguh lama tidakku mendengar khutbah yang sedemikian `berapi-api' dan menyentuh segenap rasa hati dan otakku. Khutbah Jumaat yang aku maksudkan, bukan khutbah pilihanraya Anwar Ibrahim (Dato' Seri) atau kempen Obama mahupun Osama.

Itulah kelebihan khatib tadi yang mampu memberikan khutbah dengan penuh bersemangat, membangunkan jemaah yang terlena ditambah pula matanya yang asyik berhubung tanpa melihat teks khutbah. Pada mulanya mahu juga kulayan mata yang semakin meredup, tetapi bila mendengarkan khatib yang perlahan-lahan memasuki high-gear sampai ke penghabisan khutbah aku terus terghalit dengan penyampaiannya.

Ligat otakku berfikir alangkah baiknya kalau ramai khatib yang boleh `berpenampilan' segar dan bersemangat menyampaikan khutbah. Alangkah baiknya kalau ada sesekali Jabatan Agama Negeri membenarkan masjid membenarkan khatib membenarkan jemaah melayan khutbah tanpa tidur dengan mendengar khutbah disampai tanpa membaca teks. Bukan apa, kadang-kadang keterikatan yang kuat kepada teks akan menyebabkan khutbah dirasa begitu jauh dan membuai jemaah sampai terlelap.

Bila difikir-fikir, indahnya Islam mengatur aturan hidup umatnya untuk kembali mengingati Allah, kembali bertaqwa kepadaNya. Dengan kewajipan solat berjemaah di hari Jumaat kepada kaum lelaki, paling kurang seminggu sekali kaum pemimpin ini akan diceritakan kehebatan Allah, diajak bertaqwa oleh khatib kepada para jemaah dan dirinya jua. Paling kurang seminggu sekali kaum pemimpin ini akan berasa gerun kepada Penciptanya mahupun berasa cinta untuk berdamping denganNya. Bagaimana kaum lelaki ini hendak membawa kisah gerun akan Pencipta ataupun kisah cinta agung ini, sebagai bekalan seminggu kepada anaknya, isterinya mahupun pekerjanya, jika khutbah yang diseru tidak pun meresap ke dalam jiwa?

Itulah ceritanya. Pengalaman mendengar khutbah Jumaat di masjid yang berposkod Kuala Lumpur tetapi diselia oleh pihak berwajib negeri Selangor. Teringat juga aku cerita lampau ketika Ust. Shukri berkhutbah tanpa teks di masjid dekat Bangsar, tatkala di pertengahan khutbahnya dia menyeru para jemaah di luar masjid agar segera masuk ke dalam kerana hujan mulai turun dengan lebat. Termasuklah geng-geng promoter zakat yang basah kuyup dek hujan lebat yang menerbangkan payung dan membasahkan risalah-risalah rukun Islam ketiga itu. Hujan yang membawa rahmat, sempena kelulusan masjid membenarkan Ust. Shukri berkhutbah, barangkali.

Wednesday, November 26, 2008

Tawaran jualan rumah di KL. Untuk Bumiputera sahaja.

Sedang asyik aku membaca naskhah surat khabar berbahasa Melayu yang ghairah menyebar fikiran rakyat sehingga selalu benar mereka diboikot, tiba-tiba mataku terpandang iklan jualan rumah kuota Bumiputera yang masih belum terjual oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Adus.. Harganya paling murah mencecah setengah juta ringgit.. Harga paling tinggi usah diceritalah. Aku berfikir sejenak siapalah yang beriya sangat hendak membeli rumah-rumah yang balance tu.

"Senah, ini ha ada kuih-kuih balance sikit yang aku buat tadi untuk majlis kesyukuran si Effa. Ambiklah," pelawa Rokiah kepada Senah di sebelah pagar rumahnya sambil menghulurkan sebungkus kuih-muih.

Eleh! Yang belen-belen baru nak pelawa..



Tuesday, November 25, 2008

Bila Diri Disayangi..

Tiba-tiba dalam kesesakan jalan raya di Jalan Cheras menuju ke pejabat, berkumandang sebuah lagu yang begitu menyentuh kalbuku.. Lagu yang pernah berlegar di usia remajaku dan ketika satu program team-building dianjurkan kakitangan pejabat. Begitu syahdu bila mengenangkan kasih sayang Tuhan yang mengatasi segalanya. Maha Suci Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa,
keagungan kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru kuucap namamu,
Terasa diriku kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Monday, October 27, 2008

Bila orang utan di hutan disusukan..

Segala puji bagi Allah, Dia yang menciptakan alam agar menjadi petunjuk bagi mereka yang berfikir. CiptaanNya Yang Maha Hebat meluas sehingga ke bintang yang sebesar-besarnya di angkasaraya yang tiada batasnya, jua meneroka jauh sekecil plankton yang ditelan ikan bilis di dasar lautan.

Sekali-sekala terasa sungguh keagunganNya bila mata sendiri yang melihat orang-orang utan yang memang tinggal di hutan dibela dan dipelihara oleh `orang-orang kampung dan taman' dan telinga sendiri yang mendengar kicauan burung di kaki langit. Terima kasih kepadaNya, dengan keizinanNya kami tiba di Bukit Merah untuk berkursus dan menikmati keindahan alam.

Rasanya di sinilah pertama kali kami melihat segolongan anak-anak muda (manusia) dengan penuh dedikasi menjaga, memelihara dan menyusu anak-anak muda (orang utan). Terdetik di hati aku waktu itu, inilah salah satu contoh peranan khalifatullah fil Ardh. Khalifah Allah di muka Bumi ini yang berperanan mengurus dan mentadbir alam ciptaanNya, peranan yang disanggah hebat oleh Iblis dan dipersoal oleh Malaikat tatkala ditauliah kepada Adam a.s dahulu kala.

Akal fikiran yang dikurniaNya dituntut agar kita mencari ilmu untuk mentadbir Bumi ini. Alam sekitar jangan dicemari, jangan dinodai agar ekosistem Bumi tidak terjejas. Kalau gaya hidupnya sudah menyebabkan global warming, cepat-cepat bertindak berkempen dan launglah sedunia, tolong jaga Bumi kita. Kalau gaya hidupnya sudah menyebabkan orang utan kepupusan, cepat-cepatlah memulihara mereka. Mereka pun ada sumbangan dalam kitaran ekosistem di Bumi yang dikongsi ini.

Tetapi jenuh juga akal hendak meleraikan kekusutan, menjustifikasikan pilihan. Hutan dikorban untuk membina rumah bagi orang-orang kampung dan orang-orang taman, manakala orang-orang utan terpaksa pula disusukan.. Hebat perancanganNya yang Maha Adil dan Maha Pakar.







Monday, October 20, 2008

Mari-mari eratkan silaturrahim

Kemeriahan Aidil Fitr masih terasa, rasanya ada 3-4 jemputan raya dari kawan-kawan dan sedara mara yang jenuh kami memikirkan untuk menolaknya. Bukan apa, semalam dengan perkongsian yang utuh, aku & Adinda Elin berpakat-pakat menjayakan majlis kesyukuran Aidil Fitr. Majlis makan-makan yang diadakan dalam serba sederhana berjaya diadakan di rumah mertua di Putrajaya. Terima kasih kepada saudara-mara & sahabat-sahabat yang datang, InsyaAllah tahun depan berjumpa lagi!
Nice pix of D' Three Mashoorian. Thanks to Adinda Elin

Friday, October 10, 2008

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Salam...

Indah sungguh rasanya hari ini.. Terubat juga hati dek kesilapan menerpa Balai Ilmu UM untuk mengikuti seminar kerana tersilap tarikh, apabila sampai di pejabat terus diucap selamat hari lahir oleh Zaidi, Din, Faris & Firdaus. Bergegas aku ke tingkat 6 untuk sesi brainstorming, dirai pula oleh Masyi, Ann, Idah & Fida di kaunter penyambut tetamu. Kemudian giliran Liza & Lina pulak. Macam mana semua orang tahu besday aku ni..

Oh! Patut la.. Kak Timah dah emelkan wish ni ke seantero warga kerja. Good job BAKEP! Itulah ceritanya bila usia dah semakin bertambah, rambut pun dah bertukar warna.. Bercerita tentang usia ni, teringat aku satu petikan yang berkata, "Dalam dunia kita hanya mempunyai usia sebanyak 7 hari. Kita hanya ada Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu. Kemudian kita kembali menemui Ahad."

Bersyukur aku kepada Dia yang masih memberikan aku hayat, udaranya yang kuhirup percuma pagi, tengahari, petang, malam.. Percuma ke udara yang dikurniaNya?
Terima kasih juga kuucapkan tak terhingga kepada Adinda Elin yang memberi ucapan dan pelbagai hadiah, termasuk setangki penuh minyak di Petronas..hehe.. Dan tidak ketinggalan ucapan sms berupa doa, mudah-mudahan dari mak yang berbunyi, "Selamat hari lahir yang ke...semoga kehidupan Fakrul dan Lin diberkati Allah selalu drp Mak dan Bapak." Amin!

Thursday, October 9, 2008

Nur Syawal

Akhirnya Syawal pun menjelma meninggalkan Ramadhan dengan pelbagai kenangan suka duka. Sedar tak sedar sudah pun 9 Syawal. Tahun ni kiranya beraya sakan juga kami, dari Kepala Batas ke Alor Setar, balik ke Gelugor kemudian terus ke kenduri kahwin adik ipar-angkat di Bahau, beraya pula ke Johol, kemudian ke Rembau, kemudian ke Nilai, barulah pulang ke rumah mertua di Putrajaya.. Fuh.. Penat tapi seronok..

Seronok dapat berjumpa saudara mara yang jauh mahupun dekat dengan suasana gembira berhari raya. Terasa kehebatan Allah s.w.t mencipta & mengurnia perasaan gembira, khusus di Eid-Fitr selepas sebulan berpuasa. Kerja-kerja pun agak kurang lagi sementelah dalam mood raya ni, cuma urusan bank-in duit fitrah ke dalam bank saja. Mukshar beritahu, Bank Islam di UM agak lengang berbanding di KL Sentral, so bergegaslah aku ke UM. Suasananya tidaklah sangat lengang, cuma sibuknya agak kurang.. Alang-alang aku di UM, bolehlah jenguk-jenguk port mana yang sesuai untuk aku `tambah' ilmu nanti, cadangnya nak ambil Master ataupun Diploma.. Tunggulah ye..

Dalam kegirangan kita bergembira, marilah kita berfikir sejenak mereka yang ditimpa musibah di hari gembira ini, moga mereka tabah & ditingkat darjat mereka di sisi Allah. Teringat aku kelmarin ada seorang warga muda yang kurang upayanya, dibantu oleh para pengawal di Masjid Negara. Ada yang belikan dia T-Shirt baru, belikan makanan..Semoga Allah merahmati mereka.
Kami berbincang bagaimana untuk menyenangkan pemuda tersebut, lalu teringat aku untuk melaporkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Talian Nur. Tidak perlu kami menunggu sampai ke petang walaupun hujan di tengahari itu, datang 4 orang pegawai dari JKM mengambil maklumat dan membawa pemuda itu ke tempat perlindungan. Syabas diucapkan kepada mereka. Terasa bersama-sama berkerja dalam roh Eid-Fitr, walaupun tidak sempat aku mengenali mereka tapi Talian Nur mesti diingat. 15999.

Tuesday, September 30, 2008

Bebas..Merdeka!

Nampaknya Ramadhan yang mulia dah pun hampir melabuhkan tirainya.. Rasanya baru seminggu lepas bertemu ia, dan sekarang ia dah nak pergi..
Kedatangan Syawal ini bakal membawa seribu satu erti kebebasan, kemerdekaan kepada segenap makhluk di cakerawala ini..

1) Pada kita, Syawal adalah yaumun A'zim & aidil Karim. Hari yang begitu agung berupa perayaan yang mulia, dianugerahkan istimewa oleh Allah kepada umat Muhammad s.a.w. Hari yang diharamkan kita berpuasa dan kita bebas melakukan perkara-perkara yang diharamkan, untuk sebulan lepas.

2) Berita arus perdana hari ni melaporkan anak-anak kapal MISC yang menjadi tawanan lanun Somalia sudah bebas. Betapa agung dan hebatnya perancangan Allah memberi hadiah AidilFitri kepada rakyat Malaysia. Kita tidak tahu apa yang terjadi di atas kapal selama lebih sebulan mereka ditahan, apa yang dirunding, apa yang dimakan, bagaimana, apa, kenapa... Siapa tahu mungkin ada di kalangan warga Somalia yang menjadi lanun itu pernah mendapat layanan istimewa tentera Malaysia ketika operasi Malbatt PBB dahulu.. Zaman Farah Aidit, ingat tak? Terasa tak sampai hati dan termakan budi, lalu dibebaskan anak kapal Malaysia..Entah-entah tak payah bayar pun..

3) Paling penting dan perlu diberi perhatian, makhluk-makhluk Allah yang ditambat & dipenjara sepanjang Ramadhan pun dah bebas!

Monday, September 15, 2008

Pertemuan makan-makan cari jalan...

Tup-tup aku mendapat jemputan berbuka puasa dari Mat. Jemputan untuk AJK-AJK yang berhempas pulas menganjuran satu program di website, termasuklah Jas sekali. Kami pun bersepakat berbuka di Bangi, satu port yang agak sesuai & logistically-wise memandangkan hujung minggu tu aku pulak bermukim di rumah mertua di Putrajaya. Mat & Jas dari Nilai, kira ok la.

Pelbagai topik disembang, dibincangkan kami malam tu. Kisah politik tanahair memang menjadi maudu' wajiblah, tiada pengecualian. Antara yang panas ialah cerita penahanan ISA, especially RPK yang tak makan saman. Dalam sembang-sembang tu aku memetik pandangan Pn.Ainon Presiden Univ. Terbuka PTS. Begini katanya,

"YM RPK adalah contoh “dummy-Islam” yang gagal didekati oleh agensi-agensi dakwah-Islam kita. Golongan ini amat banyak jumlahnya.

Pandangan dan pendapat golongan “dummy” amat penting dianalisis dan difahami, sebab dari situ barulah kita tahu bagaimana cara mahu menerangkan mesej-mesej “Islam yang betul” kepada mereka.

Apabila “dummy-dummy” bercakap, dan apa yang dipercakapkan itu “salah”, itu adalah normal. Masakan percakapan “dummy-dummy” serupa isi kandungan ilmunya dengan percakapan ustaz-ustaz.

Sebagaimana ustaz-ustaz yakin apa yang dipercakapkannya “betul” demikian juga halnya dengan “dummy-dummy” itu, mereka juga amat yakin bahawa apa yang dipercakapkannya adalah “betul”.

Kita perlu membezakan 2 perkara:

(i) Bahawa “dummy-dummy” seperti YM RPK itu tidak berniat menghina Islam.

(ii) Kitalah yang berpandangan dan berasa bahawa Islam telah terhina oleh tulisan-tulisan “dummy-dummy” itu.

Justeru, marilah kita membela Islam dengan menghasilkan tulisan-tulisan yang memberikan pencerahan kepada “dummy-dummy” itu, bukan menangkap dan mengurung mereka di bawah ISA. Langkah membuat laporan polis dan menghukum “dummy-dummy” itu tidak dapat mencerahkan “ke-dummy-an” mereka. "

Kerja membuat laporan polis adalah kerja enteng. Kerja menyampaikan mesej-mesej Islam kepada “dummy-dummy” adalah kerja yang berat dan susah. Tuan puan boleh layari komen penuh beliau di sini.

Kemudian topik beralih arah pulak pada cerita-cerita hantu. Bermulanya kerana kami menanti live-band yang menyanyi dari meja ke meja, tak jugak menyanyi lagu berhantu, Hotel California..

Berbalik cerita hantu ni, mana ada hantu kan bulan puasa sebegini.. Kan syaitan, iblis, hantu dah kena rantai. Teringat aku tazkirah Ustz. Hasrizal SaifulIslam yang datang ke pejabat Jumaat lalu. Anjing, kalau dah kena rantai, kena kurung, makin kuatlah ia meraung. Makin kuatlah ia mengganas, betul tak?? Tambah pulak ada yang suka pergi dekat-dekat dengan rantai dan kurungannya...

Saturday, September 13, 2008

Bayar zakat..jangan tak bayar

Tetiba pintu kaunter zakat dibuka, masuk seorang awek berkulit cerah, mata sepet, berjubah, menyandang beg balik kampung di bahu, macam orang Jepun atau Korea.
"Hmm.. Nak bagi sedekah le pelancong Jepun ni..," agak hatiku. Sebabnya ramai pelancong Muslim kalau masuk ke pejabat zakat, mesti bertujuan nak bersedekah.

Dengan yakin dia menuju ke Zul. Katanya nak bayar zakat.
"I want to pay zakat," kata awek itu.
"Which type of zakat?" tanya Zul.
"Zakat which every Muslim pay, during Ramadhan..," balas dia.

Zul bersedia nak mengoyak resit zakat fitrah. Memang betul awek ni dari Jepun, hampir 2 tahun berkerja di Kelana Jaya tapi tak boleh cakap Melayu lagi.

"This is my zakat," katanya sambil membuka beg sandang yang nampak berat mataku memandang, berat lagi bahunya memikul.

Terlopong Zul & aku bila dia keluarkan 2 kampit beras dari beg tu. Berat..berat..

Bantuan Allah (samb.)

Kita sambung lagi pasal hidayah & bantuan Allah. Kalau tuan puan pernah tengok risalah dakwah yang Dr. Mansoor buat ni, kadar pemeruapan ke akal & hati nya memang tinggi. Senang cerita, risalahnya mudah difahami, senang diresapi kepada mereka yang nak mengenali & memahami Islam. Tapi di sebalik pembikinannya, ada pelbagai cerita kehebatan Allah.

Dalam pembikinan risalah berbahasa Sepanyol, ke sana ke mari Dr. Mansoor ni mencari-cari translator untuk pembaca di kalangan warga Spain, Mexico, Venezuela, dsb. Satu kelebihan Dr. Mansoor ni, dia memang celik IT (dah namanya Doctor) & dia menggunakan sepenuhnya medium IT ini untuk menyebarluaskan dakwah ke seantero dunia. Puas dia masuk forum itu ini, blog, website dsb sampai la satu hari ada seorang hamba Allah dari mana..aku tak ingat, tapi dari Amerika Latin, bersetuju untuk menolongnya.. Bila risalah dah siap dicetak, maka ramailah pembaca-pembaca memuji gaya bahasanya, isi kandungannya dan sebagainya. Amat kurang bahan bacaaan Islam dalam bahasa Sepanyol, kata mereka.


Maha Agung Allah! Gembira bukan sikit Dr. Mansoor bila dia tahu rupanya penterjemah itu adalah seorang penterjemah terkenal di sana..

Cerita pasal risalah berbahasa Mandarin pulak. Satu hari semasa hendak pulang dari sebuah kedai alatulis, Dr. Mansoor pun mengedarkan sehelai risalah berbahasa Mandarin kepada tokey kedai yang berbangsa Cina. Mudahan-mudahan hidayah memeluk Islam tumbuh di hati tokey itu. Dipendekkan cerita, satu hari Dr. Mansoor menerima pelawaan dari seorang academician berbangsa Cina untuk menambahbaik mutu terjemahan risalah beliau. Pelawaan diterima dengan senang hati, percuma pulak tu. Setelah diselidiki, barulah Dr. Mansoor tahu bagaimana sehelai risalah beliau itu telah berpindah tangan demi tangan, dan akhirnya tiba kepada tokoh akademik itu yang digerak hatinya oleh Allah untuk menolong beliau. Hebat aturan Allah.

Cerita risalah berbahasa Jepun pun ada diceritakan oleh Dr. Mansoor, tapi aku dah lupa ceritanya..





"Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dialah yang beroleh petunjuk dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi" Al-A'raf:178

Tuesday, September 9, 2008

Itu kerja Allah..Hidayah Dia nak bagi kat siapa pun

Hidayah dan pertolongan Allah datang tak siapa pun sangka & menduga. Aku rasa nak berkongsi cerita daripada apa yang diceritakan seseorang kat aku. Sabtu lepas, aku duty kat Masjid Negara, boleh tahan la pembayar zakat yang datang melangsaikan kewajipan mengambil keberkatan sempena Ramadhan.


Sekonyong-konyong datang seorang hamba Allah datang membayar zakat untuk dirinya & isterinya. Memandangkan tiada orang pada waktu tu, aku pun buka mulut untuk bertanya dia macam-macam kerana hatiku terdetik, saja nak borak-borak..Lagipun dia ada memakai tag tergantung kat leher dia, itu yang buat aku semangat lebih nak bertanya..kerja di mana hari Sabtu sebegini..


Rupanya dia seorang volunteer da'ie kat Masjid Negara terutamanya pada hari-hari minggu. Wah! Seorang pendakwah sukarela, duduk depan aku hari-hari minggu sebegitu, aku pun lagi bersemangat nak mendengar kisah-kisah yang nak keluar dari mulutnya. Ya lah.. nak buat kerja-kerja bercerita tentang Iman, Islam & Ihsan pada orang ramai bukan calang-calang orang bang..


Aku rasa mungkin dah ramai yang kenal Dr. Y Mansoor Marican. Macam-macam kerja amal dia buat. Dr. Mansoor ni buat PhD dalam Politik, Dasar & Hubungan Antarabangsa, tak silap aku lah.. Dah pencen & pernah mengajar di universiti-universiti di Malaysia, Singapore & Kanada.


Topik cerita aku pada mulanya berkisar tentang sambutan para pelancong tentang usaha dakwah yang dibuatnya.. Ye lah, setiap hari di Masjid Negara (MN) tu penuh dengan pelancong! Dia kata sambutan amat menggalakkan, dan lebih menyeronokkan bila dia mengIslamkan sendiri mereka! Ini yang membuatkan aku menjadi lebih ghalit menjadi pendengar setia..


Ceritanya lebih kurang 3-4 minggu lepas, seorang pelancong Belgium datang sorang-sorang lepak-lepak di MN.. Mat Saleh ni banyak soalnya pasal Islam, tough question, berpeluh jugak la nak menjawab. Lalu ada seorang hamba Allah ni bawa Mat Saleh ni berjumpa Dr. Mansoor di ofis dia, dalam MN. Sesi soal-jawab ni berlangsung dalam pelbagai suasana, mesra, tenang, tegang, panas dan sebagainya dari pagi sampai ke waktu maghrib. Mat Saleh ni pun balik hotel, memandangkan esok flight dia balik ke Belgium.. Ditaqdirkan, flight dia ditunda & Mat Saleh ni balik berjumpa dengan Dr. Mansoor. Tanpa banyak soal, dia mengucapkan kalimah suci Lailaha illallah!


Itu cerita hidayah Allah. Tak perlu kita nak selarikan dengan logik akal. Sebab Dia yang cipta akal. Kalau tuan puan pernah ke MN & ada terlihat risalah-risalah dakwah dalam pelbagai bahasa, itu semua hasil kerja Dr. Mansoor. Baik bahasa Sepanyol, Jepun, Mandarin, Inggeris, semua tu hasil kerja dia. MasyaAllah.. hebat kekuatan yang Allah bagi padanya, kekuatan yang kita nak, kita kena minta dariNya.. Di sebalik pembikinan risalah-risalah tu, ada cerita hebat pertolongan Allah kepada Dr. Mansoor. Ada-ada saja kerja Allah nak memudahkan hambaNya menjalankan usaha dakwah. Nanti la aku cerita lagi..

Doa beroleh rezeki




Fadilat Amal

DAN tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Loh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan. (Hud: 6)

Keterangan Ayat

Menurut sebuah hadis riwayat al-Hakim dan al-Tirmizi daripada Zaid bin Aslam r.a., beberapa orang sahabat Nabi daripada keluarga al-Asy’ariyyin yang baru sampai dari perjalanan berhijrah merasa lapar. Mereka telah mengutuskan seorang daripada kalangan mereka untuk mendapatkan makanan daripada Rasulullah SAW.

Apabila wakil mereka sampai ke rumah Nabi, beliau mendengar Nabi SAW sedang membacakan ayat ini. Rasa yakin akan rezeki Allah menerusi ayat yang dibacakan oleh Nabi itu menyebabkannya pulang semula tanpa meminta. Sesampainya kepada sahabat-sahabat seperjalanannya, dia terus memaklumkan bahawa rezeki Allah akan sampai kepada mereka.

Mereka menyangka beliau telah membuat permintaan kepada Nabi. Tiba-tiba datanglah dua orang lelaki membawa roti dan daging untuk mereka. Walaupun mereka telah menikmati sepuas-puasnya, namun masih banyak yang tinggal. Mereka akhirnya meminta agar dibawa pulang kepada Nabi untuk diagihkan kepada orang lain.

Selepas itu mereka berjumpa dengan Nabi dan mengucapkan terima kasih atas hidangan lazat yang dihantarnya. Nabi menafikan penghantaran makanan itu. Sahabat yang berkenaan itu akhirnya telah membuat pengakuan tidak meminta daripada Nabi SAW. Nabi SAW kemudiannya mengatakan itulah dia rezeki yang Allah janjikan buat makhluk-Nya. (Tafsir al-Qurtubi, al-Durrul Manthur, tafsir ayat ke-6, surah Hud)

Khasiat dan Kaifiat Beramal

Amalkan membaca ayat ini dengan penuh keyakinan akan bantuan Allah. Mintalah rezeki daripada-Nya. Dia berkuasa memberikan kurnia-Nya yang melimpah ruah.
(Petikan daripada buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran: Khasiat dan Kaifiat Beramal terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd)

Friday, September 5, 2008

Rezeki Di Bulan Ramadhan

Alhamdulillah.. Aku baru balik dari kampung Isnin lepas, sempena dgn cuti Merdeka sempat la bersahur & berbuka puasa dengan ayahanda, bonda, sanak-saudara.. Memang setiap kali balik kampung takkan rasa puas dengan depa. Tambah pulak dgn si Batrisya Nur Humaira, anak saudara aku sorang tu, payah benar nak didukung.. Tapi kira ok la sebab dia dah boleh kenal Pak Long dia, dah boleh salam, cium pipi & garu tangan..

Bulan Ramadhan ni, nampaknya makin sibuk la kaum kerabat aku di sana dek kerana depa baru buka satu lagi kedai kepok lekor di Jusco Bdr Baru Perda.. Alhamdulillah, mudah-mudahan ini adalah rezeki dari Dia yang Maha Luas & Maha Pemberi. Sempat la aku lepak-lepak kat kafe depa 2 hari, sambutan? Kira ok la..Alhamdulillah.. Kedai baru ni diberi nama Maira Cafe & Snacks bersempena dengan nama si kecik tu.. Jenuh juga bapak selaku CEO bermuafakat dengan adik-adik especially Din yang mendapat mandat jadi GM, & dibantu Nazim, Basit & Apiz, mencari nama kedai yang sesuai..

So sesiapa yang teringin nak merasa kepok lekor (100% rasa macam Jusco Queensbay), laksa, sate, bolehlah bertandang ke Jusco Bandar Baru Perda, Seberang Perai di tingkat bawah..



Berat sama dipikul



Meeting Board of Directors



Alhamdulillah.. Dah selesai business hari ni



Puasa; Satu Pintu Hikmat

Fasting.. Opening the door to a deeper, more intimate, more powerful relationship with God





Begitulah tajuk satu buku yang aku terjumpa di Borders The Curve masa appointment aku bersama Faris kat kawasan tu. Lepas temujanji kami di satu syarikat kat The Curve, depa nak buat bayaran zakat staf through potongan gaji, kami pun singgah sat Borders. Belek punya belek buku-buku kat situ, terjumpalah buku ini. Aku pun minta Faris snap guna kamera handphone dia..


Entah tetiba aku tertarik dengan judul buku tu, padahal waktu tu bukannya pada bulan Ramadhan kami pergi pada 9 Mei 2008. Itu namanya perancangan Allah. Rupanya imej tu nak dipakai dalam blog aku dalam bulan puasa ni..

Di sini bukan aku nak promote buku ni, mengulas, mengupas, mengomen apatah lagi mengenalkan penulisnya yang seorang pastor di California. Aku pun tak selak apa isi kandungannya. Cuma aku tertarik dengan caption dia.. `Fasting.. Opening the door to a deeper, more intimate, more powerful relationship with God'.

Allah dah mensyariatkan ibadah puasa untuk hamba-hambaNya yang mengandungi pelbagai hikmah. Baik hikmah untuk jasad mahupun roh orang yang berpuasa. Physical & spiritual. Marilah kita bersama-sama menghayati ibadah agung ini, satu pintu untuk perhubungan yang lebih berkuasa, intim dan mendalam dengan Tuhan..

Thursday, September 4, 2008

Ahlan Wasahlan!

Alhamdulillah.. Akhirnya terupload juga posting aku buat julung-julung kalinya di alam maya ini..Memang ketinggalan betul aku dalam dunia post-mengepos ni, seingatnya pertama kali aku menceburi alam maya ni masa zaman sekolah tak silap aku, emel aku register dekat Hotmail. Zaman tu Hotmail memang tiada tandingan la..Aku pun dah tak ingat address emel tu.

Lepas tu dah masuk U baru mula menceburi dunia laman web, kebetulan pula lecturer En.Khalil bagi assignment suruh buat web-site, kumpulan kami pun bersengkang mata le menyiapkan laman web tu. Akhirnya dengan segala kecanggihan, semangat yang meluap-luap dan kecetekan ilmu pada waktu itu maka tersiaplah website kami dengan menggunakan teknologi html dari MS-Publisher, upload ke FortuneCity. Entah apa alamatnya, aku dah lupa..

Kemudian dari hari ke hari, zaman dah berubah dunia makin maju! Aku dah tak terfollow perubahan dunia IT yang saban hari makin canggih, memening kepala, complicated, sophisticated, dengan gadgetnya, blognya, e-itu, e-ini dan macam-macam lah..

Then rasanya dua tahun lepas aku ada register buat personal web ala-ala nak buat macam blog la guna Google Page, tapi dek kalut memanjang tak termaintain lah web tu..

Banyak faktor yang membuatkan aku bersungguh nak jadi blogger akhirnya..(ceh baru 1 post) Selain dari minat aku yang suka nak menulis, kat opis aku pun ada seorang sahabat ni, Rie namanya tapi lebih dikenali dengan Jas, dia ni memang sungguh rajin, komited, bersungguh untuk menulis. Seminggu pasti ada 1-2 coretan dari Jas ni, tapi dia hantar melalui e-mel yang hanya dapat dibaca oleh warga kerja opis kami. Aku dah lama suruh dia buat blog, agar madh'unya lebih meluas, tapi dia fokus. Tetap fokus hanya untuk edaran dalaman sahaja..
Selain dari awek aku yang bersungguh suruh aku buka blog, kawan-kawan aku pun dah ramai ada blog sendiri, yang latest aku terjumpa Pudin / Pak Din dalam Friendster, dia ni kawan sekolah rendah dari Islah dulu, kami still kontek tapi gitu-gitu je la, at last jadi teman maya juga akhirnya..Tapi dia memang otai la dalam alam siber ni.