Monday, October 27, 2008

Bila orang utan di hutan disusukan..

Segala puji bagi Allah, Dia yang menciptakan alam agar menjadi petunjuk bagi mereka yang berfikir. CiptaanNya Yang Maha Hebat meluas sehingga ke bintang yang sebesar-besarnya di angkasaraya yang tiada batasnya, jua meneroka jauh sekecil plankton yang ditelan ikan bilis di dasar lautan.

Sekali-sekala terasa sungguh keagunganNya bila mata sendiri yang melihat orang-orang utan yang memang tinggal di hutan dibela dan dipelihara oleh `orang-orang kampung dan taman' dan telinga sendiri yang mendengar kicauan burung di kaki langit. Terima kasih kepadaNya, dengan keizinanNya kami tiba di Bukit Merah untuk berkursus dan menikmati keindahan alam.

Rasanya di sinilah pertama kali kami melihat segolongan anak-anak muda (manusia) dengan penuh dedikasi menjaga, memelihara dan menyusu anak-anak muda (orang utan). Terdetik di hati aku waktu itu, inilah salah satu contoh peranan khalifatullah fil Ardh. Khalifah Allah di muka Bumi ini yang berperanan mengurus dan mentadbir alam ciptaanNya, peranan yang disanggah hebat oleh Iblis dan dipersoal oleh Malaikat tatkala ditauliah kepada Adam a.s dahulu kala.

Akal fikiran yang dikurniaNya dituntut agar kita mencari ilmu untuk mentadbir Bumi ini. Alam sekitar jangan dicemari, jangan dinodai agar ekosistem Bumi tidak terjejas. Kalau gaya hidupnya sudah menyebabkan global warming, cepat-cepat bertindak berkempen dan launglah sedunia, tolong jaga Bumi kita. Kalau gaya hidupnya sudah menyebabkan orang utan kepupusan, cepat-cepatlah memulihara mereka. Mereka pun ada sumbangan dalam kitaran ekosistem di Bumi yang dikongsi ini.

Tetapi jenuh juga akal hendak meleraikan kekusutan, menjustifikasikan pilihan. Hutan dikorban untuk membina rumah bagi orang-orang kampung dan orang-orang taman, manakala orang-orang utan terpaksa pula disusukan.. Hebat perancanganNya yang Maha Adil dan Maha Pakar.







Monday, October 20, 2008

Mari-mari eratkan silaturrahim

Kemeriahan Aidil Fitr masih terasa, rasanya ada 3-4 jemputan raya dari kawan-kawan dan sedara mara yang jenuh kami memikirkan untuk menolaknya. Bukan apa, semalam dengan perkongsian yang utuh, aku & Adinda Elin berpakat-pakat menjayakan majlis kesyukuran Aidil Fitr. Majlis makan-makan yang diadakan dalam serba sederhana berjaya diadakan di rumah mertua di Putrajaya. Terima kasih kepada saudara-mara & sahabat-sahabat yang datang, InsyaAllah tahun depan berjumpa lagi!
Nice pix of D' Three Mashoorian. Thanks to Adinda Elin

Friday, October 10, 2008

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Salam...

Indah sungguh rasanya hari ini.. Terubat juga hati dek kesilapan menerpa Balai Ilmu UM untuk mengikuti seminar kerana tersilap tarikh, apabila sampai di pejabat terus diucap selamat hari lahir oleh Zaidi, Din, Faris & Firdaus. Bergegas aku ke tingkat 6 untuk sesi brainstorming, dirai pula oleh Masyi, Ann, Idah & Fida di kaunter penyambut tetamu. Kemudian giliran Liza & Lina pulak. Macam mana semua orang tahu besday aku ni..

Oh! Patut la.. Kak Timah dah emelkan wish ni ke seantero warga kerja. Good job BAKEP! Itulah ceritanya bila usia dah semakin bertambah, rambut pun dah bertukar warna.. Bercerita tentang usia ni, teringat aku satu petikan yang berkata, "Dalam dunia kita hanya mempunyai usia sebanyak 7 hari. Kita hanya ada Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu. Kemudian kita kembali menemui Ahad."

Bersyukur aku kepada Dia yang masih memberikan aku hayat, udaranya yang kuhirup percuma pagi, tengahari, petang, malam.. Percuma ke udara yang dikurniaNya?
Terima kasih juga kuucapkan tak terhingga kepada Adinda Elin yang memberi ucapan dan pelbagai hadiah, termasuk setangki penuh minyak di Petronas..hehe.. Dan tidak ketinggalan ucapan sms berupa doa, mudah-mudahan dari mak yang berbunyi, "Selamat hari lahir yang ke...semoga kehidupan Fakrul dan Lin diberkati Allah selalu drp Mak dan Bapak." Amin!

Thursday, October 9, 2008

Nur Syawal

Akhirnya Syawal pun menjelma meninggalkan Ramadhan dengan pelbagai kenangan suka duka. Sedar tak sedar sudah pun 9 Syawal. Tahun ni kiranya beraya sakan juga kami, dari Kepala Batas ke Alor Setar, balik ke Gelugor kemudian terus ke kenduri kahwin adik ipar-angkat di Bahau, beraya pula ke Johol, kemudian ke Rembau, kemudian ke Nilai, barulah pulang ke rumah mertua di Putrajaya.. Fuh.. Penat tapi seronok..

Seronok dapat berjumpa saudara mara yang jauh mahupun dekat dengan suasana gembira berhari raya. Terasa kehebatan Allah s.w.t mencipta & mengurnia perasaan gembira, khusus di Eid-Fitr selepas sebulan berpuasa. Kerja-kerja pun agak kurang lagi sementelah dalam mood raya ni, cuma urusan bank-in duit fitrah ke dalam bank saja. Mukshar beritahu, Bank Islam di UM agak lengang berbanding di KL Sentral, so bergegaslah aku ke UM. Suasananya tidaklah sangat lengang, cuma sibuknya agak kurang.. Alang-alang aku di UM, bolehlah jenguk-jenguk port mana yang sesuai untuk aku `tambah' ilmu nanti, cadangnya nak ambil Master ataupun Diploma.. Tunggulah ye..

Dalam kegirangan kita bergembira, marilah kita berfikir sejenak mereka yang ditimpa musibah di hari gembira ini, moga mereka tabah & ditingkat darjat mereka di sisi Allah. Teringat aku kelmarin ada seorang warga muda yang kurang upayanya, dibantu oleh para pengawal di Masjid Negara. Ada yang belikan dia T-Shirt baru, belikan makanan..Semoga Allah merahmati mereka.
Kami berbincang bagaimana untuk menyenangkan pemuda tersebut, lalu teringat aku untuk melaporkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Talian Nur. Tidak perlu kami menunggu sampai ke petang walaupun hujan di tengahari itu, datang 4 orang pegawai dari JKM mengambil maklumat dan membawa pemuda itu ke tempat perlindungan. Syabas diucapkan kepada mereka. Terasa bersama-sama berkerja dalam roh Eid-Fitr, walaupun tidak sempat aku mengenali mereka tapi Talian Nur mesti diingat. 15999.