Seronok dapat berjumpa saudara mara yang jauh mahupun dekat dengan suasana gembira berhari raya. Terasa kehebatan Allah s.w.t mencipta & mengurnia perasaan gembira, khusus di Eid-Fitr selepas sebulan berpuasa. Kerja-kerja pun agak kurang lagi sementelah dalam mood raya ni, cuma urusan bank-in duit fitrah ke dalam bank saja. Mukshar beritahu, Bank Islam di UM agak lengang berbanding di KL Sentral, so bergegaslah aku ke UM. Suasananya tidaklah sangat lengang, cuma sibuknya agak kurang.. Alang-alang aku di UM, bolehlah jenguk-jenguk port mana yang sesuai untuk aku `tambah' ilmu nanti, cadangnya nak ambil Master ataupun Diploma.. Tunggulah ye..
Dalam kegirangan kita bergembira, marilah kita berfikir sejenak mereka yang ditimpa musibah di hari gembira ini, moga mereka tabah & ditingkat darjat mereka di sisi Allah. Teringat aku kelmarin ada seorang warga muda yang kurang upayanya, dibantu oleh para pengawal di Masjid Negara. Ada yang belikan dia T-Shirt baru, belikan makanan..Semoga Allah merahmati mereka.
Kami berbincang bagaimana untuk menyenangkan pemuda tersebut, lalu teringat aku untuk melaporkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Talian Nur. Tidak perlu kami menunggu sampai ke petang walaupun hujan di tengahari itu, datang 4 orang pegawai dari JKM mengambil maklumat dan membawa pemuda itu ke tempat perlindungan. Syabas diucapkan kepada mereka. Terasa bersama-sama berkerja dalam roh Eid-Fitr, walaupun tidak sempat aku mengenali mereka tapi Talian Nur mesti diingat. 15999.
No comments:
Post a Comment