tag:blogger.com,1999:blog-75535522656518136972024-03-13T21:12:33.181+08:00Ada Apa Dengan KitaM.Fakhrurrazy M.Ariffhttp://www.blogger.com/profile/13032724595088790555noreply@blogger.comBlogger40125tag:blogger.com,1999:blog-7553552265651813697.post-12274080659292095432012-07-07T20:52:00.002+08:002012-07-25T14:11:19.371+08:00Nikmat SakitPada tahun 2005 aku didiagnos mengalami sakit sendi atau bahasa perubatannya disebut Arthritis. Dikhabarkan Arthritis ini mengandungi lebih daripada 100 jenis penyakit di dalamnya seperti Gout, Osteoarthtritis, Psoriatic Arthritis, Rheumatoid Arthritis dan pelbagai lagi. Aku pula mengalami Ankylosing Spondilitis atau lebih popular disebut AS di kalangan pengamal perubatan, Rheumatologist terutamanya.

Sakit sendi ini sebenarnya telah menyerang aku ketika berumur 13 tahun. Terima kasih kepada mak & bapak yang bersusah payah membawa aku pergi merawat secara moden, komplementari mahupun tradisional. Sekarang bila aku sudah besar dan bekerja, Alhamdulillah aku berkesempatan menjalani rawatan sendiri.

Penyakit ini mempunyai mood nya tersendiri untuk datang menyerang. Hampir 2-3 tahun ia tidak menyerang, tetapi tahun ini ia menyerang dengan bala tenteranya yang membuatkan aku MC hampir tiga minggu. Terima kasih kepada isteri Adinda Elin, keluarga dan rakan-rakan yang memahami dan memberi sokongan. Tahun ini juga aku dalam proses untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, Hospital Putrajaya setelah pelbagai pertimbangan dibuat.

Teringin juga aku bercerita panjang mengenai AS ini tetapi insyaAllah di lain waktu kerana keutamaan aku kali ini ingin berkongsi mengenai nikmat Allah yang tidak ternilai iaitu SAKIT.

Sakit membuatkan kita beringat. Kadangkala nikmat material lain yang Allah kurniakan seperti harta, pangkat dan ilmu membuatkan kita ghalit untuk mengingatiNya. Kita akan cepat-cepat mengingatiNya bila ditimpa sakit.

Sakit boleh memberi peringatan kepada kita apakah yang telah kita lakukan dengan anggota-anggota tubuh ini semasa kita sihat. Seolah-olah tatkala sakit Allah berbisik kepada kita, "Aku Tuhan yang menciptakanmu boleh menarik balik nikmat anggota tubuh badanmu pada bila-bila masa sahaja."

Sakit juga boleh membuahkan rasa bangga dan teruja terhadap golongan yang bertungkus-lumus siang dan malam berusaha untuk menyembuhkan penyakit. Antaranya ialah para doktor dan jururawat yang selama ini banyak membantu aku. Aku mula terfikir kerjaya doktor dan jururawat ini paling mudah meraih pahala Allah jika diniatkan membantu para pesakit ini adalah ibadah kerana Allah.

Suka aku berpesan pada semua jangan sesekali menyesal jika sakit. Di samping berikhtiar gigih mencari penawarnya tekadkan sepenuh pengharapan kepadaNya yang membawa dan menghilangkan penyakit, InsyaAllah!

Ubat Adalimumab berjenama Humira adalah perubatan jenis biologik yang terkini dalam mengawal AS

M.Fakhrurrazy M.Ariffhttp://www.blogger.com/profile/13032724595088790555noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7553552265651813697.post-37416522532791931102012-05-12T00:23:00.000+08:002012-05-12T00:32:43.023+08:00Dalam banyak-banyak anggota, itu yang dipandangNyaNabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Bersama kita berhati-hati menjaga hati, kerana hati merupakan tempat jatuhnya pandangan Pencipta kita.M.Fakhrurrazy M.Ariffhttp://www.blogger.com/profile/13032724595088790555noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7553552265651813697.post-21837518074717173392012-02-04T02:21:00.003+08:002012-02-04T02:28:10.815+08:00Mereka ada merata-rata Dia berada di mana manaDunia ini penuh unsur kejahatan dan kebaikan. Kejahatan bermula dari syaitan sebagai paksinya yang telah berjanji untuk menyesatkan manusia sehingga kiamat. Percaya kepada syaitan dan kerja-kerjanya adalah sebahagian dari perkara ghaib. Untuk percaya kadang-kadang manusia harus melihat, menghidu, mendengar dan merasa. Kadangkala manusia perlu mengalami baru timbul percaya.

Semoga kita di bawah perlindunganNya dari segala kejahatan.

M.Fakhrurrazy M.Ariffhttp://www.blogger.com/profile/13032724595088790555noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7553552265651813697.post-26236910991069216162011-11-05T11:14:00.000+08:002011-11-05T11:14:34.970+08:00Sunnah Nabi yang menyihatkan tubuh badan menajamkan fikiranTerkenang di zaman kecil dahulu bapak selalu menggalakkan kami adik beradik untuk bersukan dan beriadhah. Agar tubuh badan sihat. Bapak beritahu antara sunnah Nabi dalam menyihatkan badan ialah memanah, berenang, berkuda dan berlumba lari.

Sehingga sekarang aku cuma tahu berlumba lari. Aku tidak pernah berpeluang berkuda, pernah memanah dan tidak tahu berenang.

Beberapa bulan lalu aku sempat menyaksikan Pertunjukan Kuda Kebangsaan di Seri Kembangan. Acara yang paling menarik aku ke sana ialah demo horseback archery atau memanah sambil berkuda. Terus aku mengimbau di saat Nabi dan para sahabat menjadi pahlawan dalam peperangan menentang musyrikin dahulu kala. Sungguh mengagumkan!

M.Fakhrurrazy M.Ariffhttp://www.blogger.com/profile/13032724595088790555noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7553552265651813697.post-49064650227872159702011-03-19T11:53:00.000+08:002011-03-19T11:53:00.020+08:00Mari-mari raikan NabiBulan lepas umat baginda Rasulullah menyambut ulangtahun kelahiran junjungan agung ini dengan penuh kesyukuran dan pengharapan. Bersyukur di atas segala nikmatNya membolehkan kita masih berkesempatan mengaku baginda adalah pemimpin umat pemberi syafaat. Berharap pula moga-moga amal ibadah kita diterima Allah dan kelak menyaksikan baginda pula mengaku kita adalah umatnya.

Mutakhir ini manifestasi kesyukuran pada ulangtahun kelahiran baginda Nabi s.a.w bukan setakat ditunjuk oleh rakyat kebanyakan malah ia turut dikongsi oleh para entiti korporat tanahair. Buktinya dengan paparan iklan berwarna muka penuh di akhbar arus perdana ini oleh Bank Rakyat. Usaha ini patut dipuji kerana laungan puji-pujian kepada baginda tidak hanya bergema di surau-surau atau masjid, malah di dada-dada akhbar arus perdana juga oleh para korporat Muslim sebagai salah satu tanda memperingati baginda. Saya tertarik dengan tema pengukuhan silaturrahim dalam iklan ini namun saya berpandangan di akhir ayat lebih sesuai ditulis ".....bepandukan Al-Quran dan Sunnah" daripada ".....berpandukan Hadis dan Sunnah". Mungkin para copywriter Bank Rakyat mempunyai pandangan tersendiri. Hanya Allah yang lebih tahu.

Ya Nabi Salamun 'Alaik!

M.Fakhrurrazy M.Ariffhttp://www.blogger.com/profile/13032724595088790555noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7553552265651813697.post-90681647178658008972010-12-25T14:43:00.000+08:002010-12-25T14:43:34.339+08:00Jalan-jalan kesembuhanJalan-jalan kesembuhan yang ditunjukkan oleh Nabi SAW yang berpaksikan KESEMBUHAN ITU DARIPADA ALLAH adalah seperti berikut:

1. Berubat

2. Berdoa / Ruqyah

3. Bertaubat

4. Bersedekah

5. Bernazar

6. Menyambung silaturahim

7. Bangun malam / Qiyamullail

8. Redha

*dipetik dari blog MuallijM.Fakhrurrazy M.Ariffhttp://www.blogger.com/profile/13032724595088790555noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7553552265651813697.post-8855175922604100692010-10-31T21:40:00.001+08:002010-10-31T22:56:20.168+08:00`Pili paip baris ke-4, nombor 17 dari kanan rosak encik..'Pengalaman beberapa kali menunaikan solat di salah satu masjid yang tersergam indah di Lembah Klang ini betul-betul menarik perhatian saya kerana rekaan ciptaanya yang besar, selesa dan cantik. Tiba-tiba di tempat mengambil wudhu' yang begitu luas itu, saya terfikir bagaimana tukang paip untuk membaiki paip jika salah satu pilinya rosak sebagai contoh. Setiap pilinya masih belum ditanda atau dilabel untuk memudahkannya dikenalpasti. Barangkali pihak penyelenggaraan mempunyai kaedah lain yang terbaik untuk mengenalpasti setiap pilinya jika berlaku aduan kerosakan.

M.Fakhrurrazy M.Ariffhttp://www.blogger.com/profile/13032724595088790555noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7553552265651813697.post-14952745131121959612010-09-29T00:53:00.000+08:002010-09-29T00:53:59.297+08:00Oo.. Cuba-cuba mengintai rahsia Tuhan yer..Saban hari keluar berita-berita yang memeningkan semua

Berita yang betul-betul berita

Dan juga berita yang menjadi lagenda, mitos dan hikayat

Bak hikayat Merong Mahawangsa

Berita manusia bunuh manusia

Juga berita manusia bunuh binatang

Amat jarang berita manusia dibunuh binatang

Amat semakin jelas manusia membunuh ala-ala binatang

Malah lebih dahsyat dari binatang

Cerita bunuh amat misteri penceritaannya

Kerana yang kena bunuh sudah tidak boleh bercerita

Tinggallah sang pembunuh untuk bercerita

Melalui lidahnya yang satu atau lidah-lidah media

Tak kisahlah lidah sang pembunuh atau media

yang berlidah satu atau bercabang dua tiga

Cerita bunuh boleh melahirkan banyak cerita

Melalui secebis ilmu Tuhan

Lahirlah ilmu forensik, ilmu interogasi, ilmu psikologi,

ilmu-ilmu ini bakal menghimpunkan cerita-cerita

bak filem Vantage Point

tak rugi menontonnya

Bagi aku yang kurang ilmu ini

Akal akan mula merewang-rewang mencari itu dan ini

Kenapa begitu mudah dibunuh sebegini

Nafsu apa yang bermula di hati

Dendamkah, khianatkah, tamakkah, atau iri hati?

Bagi aku yang kurang ilmu ini

Akal akan mula merewang-rewang mencari itu dan ini

Orang kayakah senang menjadi pembunuh?

Orang kayakah juga senang dibunuh?

Senang kayakah dengan menjadi pembunuh?

Nak kaya kena membunuhkah?

Tak kiralah bunuh hati atau bunuh sampai jadi abu

Inikah satu-satunya jalan untuk menjadi kaya?

Atau salah satu jalan untuk menjadi kaya?

Bagi aku yang kurang ilmu dan harta ini

Akal akan mula merewang-rewang mencari itu dan ini

Teringin juga melihat orang kaya berurusan

Apa yang tersurat dan tersirat

Dengan menjual beli hartanah berjuta-juta ringgit

Dengan menyedia dokumen jual beli berjuta-juta ringgit

Dengan memindah wang dari akaun ke akaun berjuta-juta ringgit

Dengan memandu orang yang berharta berjuta-juta ringgit

Oh.. Maafkan aku Tuhan

Akal ini cuba memandai-mandai mengandai itu dan ini

Yang sememangnya menjadi rahsiaMu Tuhan

Yang Maha Mengerti, Mengadili dan Mengetahui

Hatta sekelumit perasaan terlintas di hati ini

Ya Tuhan

Jauhi kami dari berbunuhan yang membawa dosa

Hatta seandai kami pernah membunuh hati-hati

Ibu bapa kami, keluarga kami, saudara kami, guru kami, rakan kami

Ampunkan kami Tuhan..

Hatta seandai kami membunuh semut

Yang menghurung makanan kami dikira berdosa

Ampuni kami Tuhan..

M. Fakhrurrazy M. Ariff

Kepala Batas 6 Syawal 1431H 05:19M.Fakhrurrazy M.Ariffhttp://www.blogger.com/profile/13032724595088790555noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7553552265651813697.post-69743342439225145472010-08-21T11:05:00.000+08:002010-08-21T11:05:34.913+08:00Bulan yang menyucikan..

Bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan berkat ini insyaAllah bakal membawa kita berekplorasi menyucikan diri dan harta. Padanya begitu banyak amalan yang dituntut antaranya bersedekah sunat dan bersedekah wajib. Sedekah wajib adalah zakat harta mahupun zakat fitrah. Semoga amalan sedekah ini menyucikan diri dan harta kita..
M.Fakhrurrazy M.Ariffhttp://www.blogger.com/profile/13032724595088790555noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7553552265651813697.post-26395259699989647872010-06-18T00:26:00.005+08:002010-06-19T01:25:46.560+08:00Tidak susah untuk menghormati agamaSatu peristiwa yang mungkin biasa dialami oleh orang lain tetapi agak istimewa bagi aku untuk dikongsi bersama di sini. Kisah berlaku di gelanggang bowling Kompleks Mutiara Jalan Ipoh ketika Adinda Elin bersama rakannya sedang bermain bowling sebagai latihan persediaan menghadapi satu kejohanan bowling anjuran majikan mereka.

Ketika masuk waktu solat Maghrib, azan di radio telah dimainkan melalui pembesar suara maka seluruh gelanggang semestinya dapat mendengar seruan tersebut. Apa yang ingin disampaikan di sini walaupun saya tidak berada di situ ialah ketika azan dilaungkan suasana terus menjadi sunyi sepi, lane yang berpenghuni berehat seketika, para pengunjung terus mendiamkan diri, termasuk dua lane yang bukan berbangsa Melayu!

Saya terfikir mengapa anak muda bangsa bukan Melayu (persepsi saya bukan beragama Islam) boleh menghormati agama Islam sedangkan masih terdapat segelintir anak muda Melayu beragama Islam yang masih tidak tahu menghormati agama sendiri..M.Fakhrurrazy M.Ariffhttp://www.blogger.com/profile/13032724595088790555noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7553552265651813697.post-48491114382470091932010-06-05T04:43:00.003+08:002010-06-05T05:01:01.760+08:00Cerita-cerita koc merah jambu
KTMB perlu lebih berkesan sebar maklumat penggunaan koc merah jambu

2010/05/12
MERUJUK laporan Lelaki Tak Hirau Koc Merah Jambu yang disiarkan dalam Berita Harian Edisi Sentral 10 Mei lalu.

Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kerana berjaya memperkenalkan koc wanita bertujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang khasnya golongan wanita daripada risiko gangguan seksual ketika keadaan bersesak-sesak pada waktu puncak. Bagaimanapun, pengguna terutama wanita berasa kecewa kerana menurut laporan itu masih ada lagi pengguna lelaki menggunakan koc itu walaupun pihak KTMB sudah menghebahkannya melalui siaran media, malah menggunakan pelekat dan kain pemidang di tingkap serta pintu tren khasnya di platform menunggu. Sememangnya, sikap tidak kisah dan tidak ambil peduli segelintir pengguna lelaki ini amat mengecewakan.

Sikap segelintir lelaki ini jelas menunjukkan kurangnya rasa tanggungjawab, kesedaran selain hanya mementingkan diri sendiri.

Malah, ada lelaki yang memberikan pelbagai alasan ketika ditegur penumpang wanita dan ada yang tidak ambil peduli ditegur.

Namun, di sebalik pengabaian mereka ini, saya berasakan pihak KTMB juga perlu memperkemaskan unsur komunikasi pemasaran dalam menyampaikan mesej itu kepada pengguna khasnya golongan lelaki.
Apabila melihat pelekat pada tingkap tren seperti yang disiarkan akhbar ini, saya berasakan huruf cetak tulisan rumi yang digunakan adalah kurang sesuai untuk menyampaikan mesej dengan lebih berkesan.

Huruf yang digunakan mirip kepada jenis ‘script’ yang berlingkar-lingkar dan ‘fancy’ sifatnya.

Amalan dalam komunikasi pemasaran, penggunaan huruf yang sesuai adalah amat penting bagi menarik perhatian pengguna, meningkatkan keupayaan membaca dan menetapkan tona atau mood seperti serius, sedih atau kelakar.

Pendapat saya, mesej yang ingin disampaikan KTMB adalah bersifat serius justeru, tahap keupayaan membacanya perlulah tinggi.

Penggunaan huruf cetak jenis ‘script’ mengurangkan tahap itu selepas mengambil kira juga kesuntukan masa pengguna untuk membacanya dalam suasana bersesak-sesak menaiki tren.

Cadangan saya pihak KTMB boleh menggunakan huruf dari jenis serif atau sans serif seperti courier, bookman, arial atau helvetics atau huruf bersesuaian asalkan natijahnya memudahkan pembacaan dan membawa mood yang serius dan tegas kepada pengguna tren.

Mata kasar saya melihat pelekat itu jelas mempunyai ciri kewanitaan seperti berwarna merah jambu, terdapat grafik wajah wanita dan bunga mawar namun pelekat itu juga perlu difahami oleh golongan lelaki ‘istimewa’ agar tidak memasuki tren khas untuk wanita itu.

M FAKHRURRAZY M ARIFF,
Taman Shamelin Perkasa,
Kuala Lumpur.

M.Fakhrurrazy M.Ariffhttp://www.blogger.com/profile/13032724595088790555noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7553552265651813697.post-63731111285922027542010-01-04T09:50:00.006+08:002010-01-04T13:40:16.546+08:00Masa sedang bergerak sebenarnya..Wah.. Sudah lama tidak aku tidak mencoret di sini. Sudah lama barangkali hampir setahun. Alasan aku, lebih banyak bercerita di laman sosial Facebook yang baru dikenali sepanjang tempoh itu, selain alasan sibuk dan sibuk. Hebat betul penangan media baru ini, yang sangat baru bagi aku ini ya..

Banyak cerita-ceriti tahun 2009 yang ditinggalkan penuh dengan suka dan duka. Aku pun sudah lupa cerita-ceritanya terutama yang berlangsung pada awal-awal tahun lalu. Lebih gemar fikiranku berkerja untuk mengingati peristiwa yang masih segar dan indah-indah belaka.

Hmm.. Bagiku kemenangan pasukan bolasepak Malaysia pada Sukan Sea di Laos yang lalu adalah sesuatu yang manis dan segar untuk dikenang. Kemudian beralih pula ke persembahan kreatif dan bertenaga watak penghuni Pandora dalam filem Avatar di panggung Alamanda kepada Gema Zafana di Istana Budaya.

Melangkah masuk tahun 2010 ini dihidangkan dengan satu acahan yang boleh menggegarkan. Entah tak semena-mena berminat pula satu golongan gereja hendak berkongsi nama Allah. Apa yang pasti, kita boleh mendoakan bukan setakat mereka malah seluruh jagat alam ini, hidup aman damai dengan berkongsi alam dan berkongsi fahaman dan amalan dengan menSATUkan Allah yang SATU.

Tahun 2010 ini aku berdoa dan berharap moga kita diberkati dan dirahmatiNya pada setiap helaan nafas seusai bangun dari tidur sehingga tidur semula. Azam? Aku cuba belajar untuk menanam azam secara realistik dan menunaikannya. Ia memerlukan skill yang tinggi, bagi aku.M.Fakhrurrazy M.Ariffhttp://www.blogger.com/profile/13032724595088790555noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7553552265651813697.post-54477627883514567392009-08-13T22:58:00.009+08:002009-08-14T12:04:49.829+08:00Kejar sampai dapat walaupun yang dikendong berciciran.. Jangan risau, kutiplah semula.Jangan dipandang enteng pada kepesatan teknologi masakini, silap-silap keyakinan anda untuk memenangi pilihanraya kelak akan dinafikan dalam sekelip mata dek lawan mempunyai pelbagai laman web, blog dan laman sosial yang boleh menyebarkan propaganda, provokasi mahupun manifesto dalam sekelip mata.

Begitu juga restoran anda yang dahulunya sesak dengan pelanggan, kini semakin susut bilangannya kerana kealpaan mahupun ke`tidak-kisahan' anda dengan kepentingan teknologi. Bukannya apa, anda hanya tidak sempat membina blog lebih awal, mendaftar dalam network list, mahupun mendaftar dalam Facebook. Semua ini direbut awal oleh pesaing anda untuk menguar-uarkan menu baru dan tawaran diskaun kepada para pelanngannya, juga mengupah `penulis upahan' untuk menulis serta mempromosi habis-habisan dalam laman jaringan sosialnya, forum-forum atau blog.

Inilah di antara penangan media baru dalam kehidupan kita seharian yang semakin hari semakin mengikis fungsi surat khabar dan televisyen. Surat cinta melalui kiriman pos bersetem, usah dicerita lagi. Kedatangan seorang yang ahli dalam bidang media baru ini, Dr. Hassan Hayastani, ke pejabat kami untuk berkongsi ilmu pada minggu lepas amat memuaskan hati semua. Puas hati kerana masing-masing dapat menadah ilmu yang disampaikan secara santai tapi berkesan.

Banyak yang tidak sempat dicoret pada pertemuan hampir tiga jam itu. Namun satu pernyataan yang sempat aku coret adalah kehadiran media baru ini berupaya mengurangkan `dosa' sesiapa yang selalu banyak bercakap. Para penceramah, businessman, motivator, MLM leader, DJ radio malah sesiapa sahaja yang mahu bercakap, harus berhati-hati untuk tidak menipu pendengar kerana maklumat dapat diakses dengan mudah di hujung jari. Kepantasannya usah disangkal. Itu yang terjadi pada rangkaian CNN pada hari kematian Michael Jackson, apabila kepantasan berita yang tersebar melalui internet lebih pantas dari berita mereka menyebabkan berita kematiannya tidak lagi menjadi outbreak di CNN.

Para usahawan terutamanya, sama ada penjual kain, nasi lemak, VCD, keropok lekor, atau tukang cerita, jangan abaikan makhluk Allah bernama teknologi ini. Sebagai permulaan kita hanya memerlukan secebis rasa ambil-tahu untuk turut serta dalam `marathon' di lebuh raya yang terbentang luas ini. Selanjutnya hanya memerlukan komitmen untuk stay-connected kerana handset sekarang sudah dapat mengambil alih fungsi komputer, kamera video, cermin dan juga lampu suluh.

Setelah sesi berbagi ilmu, sesi menumpang `glamer' pula bersama ikon Awani Prof.Dr. Abu Hassan Hasbullah (Hassan Hayastani)

M.Fakhrurrazy M.Ariffhttp://www.blogger.com/profile/13032724595088790555noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7553552265651813697.post-23884097528590143462009-07-01T10:57:00.012+08:002009-07-15T02:28:43.711+08:00Indahnya hidup berkumpulanMemang benar, setiap daripada kita perlu hidup berjemaah. Tidak boleh hidup bersendirian, hatta manusia pun dicipta berpasang-pasangan. Jemaah membawa kekuatan bila semua anggota bersatu padu, kerja berpasukan, memberi pendapat malah juga berbeza pendapat.

Semangat itulah yang kami rasa baru-baru ini sepanjang penglibatan kami dalam satu kejohanan bolasepak di Perai, Pulau Pinang. Untuk membina satu pasukan bolasepak, semua ahli pasukan menjalankan peranan masing-masing tidak kira pangkat atau jawatan dalam organisasi kerja. Begitu juga dengan pasukan sorak atau lebih enak didengar dengan kelab penyokong. Semuanya disumbat dalam satu bas, tidak kira para pemain mahupun para penyokong.

Itu yang aku rasakan muhibah dalam skala yang kecil. Muhibbah dalam skala lebih besar dapat aku rasakan bila setiap pasukan sudah bersedia di gelanggang yang menghimpunkan para amil zakat hampir seluruh Malaysia. Ukhuwah bukan setakat di padang, di bilik mesyuarat (mesyuarat tidak rasmi para `bos' ) malah ketika menjamu selera terutamanya ketika pihak tuan rumah menghidangkan `raja buah' untuk santapan kami. Saat yang tidak harus dilepaskan walaupun untuk mencuit hanya seulas durian. Sememangnya sukan membawa perpaduan, walaupun pasukan kami selalu berjaya memenangkan pasukan lawan dalam setiap perlawanan.

Tidak ketinggalan aku ucapkan tahniah kepada rakan se`jamiah' Mior Radzman yang baru sahaja hidup berjemaah.. Barakallahu lakum, semoga kalian diberkati Allah.

M.Fakhrurrazy M.Ariffhttp://www.blogger.com/profile/13032724595088790555noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7553552265651813697.post-35307037954205042222009-05-18T10:21:00.002+08:002009-05-18T11:22:02.503+08:00Muqabalah Menjalin Silaturrahim Melerai KekusutanMinggu lepas teman-teman di pejabat dengan kerjasama pihak pengurusan berpeluang mengadakan pertemuan dua hala dengan pihak pelatihan ESQ. Segalanya bermula pada awal bulan ini apabila kami seluruh kakitangan berpeluang menghadiri latihan asas ESQ yang rata-ratanya ramai ahli masyarakat sudah maklum mengenai kursus atau latihan ini. Latihan selama 3 hari itu cukup memberi kelainan, iyalah manakan mungkin ada persamaan pada latihan yang pernah aku hadiri.

Pertemuan dua hala ini lebih sesuai aku namakan muqabalah, satu pertemuan yang mengadakan perbincangan dua hala dengan penuh cermat, semangat ukhuwah dan lebih menjurus kepada ziarah lepas pelatihan serta memberi respon terhadap sebarang kekusutan yang timbul semasa dan selepas latihan. Pertemuan yang tidak debate-like Muzakarah amat dipuji oleh pihak pengurusan ESQ kerana amat jarang sesebuah organisasi menjemput semula pihak ESQ untuk mendengar maklumbalas-maklumbalas dari para peserta mengenai outer & inner journey mereka sepanjang latihan.M.Fakhrurrazy M.Ariffhttp://www.blogger.com/profile/13032724595088790555noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7553552265651813697.post-21354205025483782312009-03-31T12:13:00.006+08:002009-03-31T13:00:59.490+08:00Seni berkomunikasi dengan mereka yang tidak kita nampakEntah tiba-tiba aku berasa hendak berkongsi pengalaman tentang bahan-bahan bacaan yang sedang aku dampingi. Buku terbaru dalam koleksi aku adalah berjudul "Berdialog Dengan Jin - Diari Seorang Perawat", terbitan Hijjaz Records Publishing. Agak menarik membaca pengalaman orang, dan buku ini ditulis sendiri oleh perawat berdasarkan pengalamannya. Di sini saya sisipkan sinopsis buku tersebut yang diambil verbatim dari laman blog penerbitnya Hijjaz Records Publishing.

Sinopsis:

Secara kolektifnya, masyarakat umum begitu taksub dan percaya dengan pelbagai kepercayaan tahyul dan cerita-cerita mistik dongeng sehingga adakalanya turut mempengaruhi perjalanan kehidupan seharian kita. Hakikatnya, ALLAH SWT melalui firmanNYA di dalam Al-Quran dan Rasulullah saw melalui sabda-sabdanya telah menerangkan kepada kita secara terperinci mengenai kejadian makhluk halus ini.

Buku ‘Dialog Dengan Jin – Diari Seorang Perawat’ ini adalah satu lagi koleksi istimewa di dalam rangkaian buku terbitan HRP. Mengapa? Sudah pasti kerana buku ini mencatatkan pelbagai perjalanan dan pengalaman peribadi penulis yang juga merupakan seorang perawat ketika berhadapan dengan makhluk halus yang mengganggu manusia.

Penerbitan buku ini sama sekali tidak bermaksud untuk menakut-nakutkan pembaca. Malah jika diteliti sehalusnya, ia mengandungi pelbagai ilmu yang amat bermanfaat untuk membentengi diri kita dari diganggu oleh kelompok jin dan syaitan ini.

Ustaz Abd. Majid Hassan pernah muncul di rancangan Expose Mistik siaran untuk Astro Prima ketika merawat salah seorang pesakitnya. Malah ramai lagi pesakit yang dirawat oleh beliau diceritakan di dalam buku ini untuk dijadikan sebagai panduan dan pedoman. Buku ini sarat dengan info, tips juga cara-cara untuk membenteng diri dari serangan makhluk halus dan sihir. Semua teknik yang terkandung di dalam buku ini hanya sebagai panduan. Namun iktikad kita mestilah disandarkan semata-mata kepada ALLAH SWT.

-Penerbit

Pengalaman penulis buku tersebut, Ustaz Abd. Majid Hassan ditulis dengan bahasa Melayu yang mudah difahami namun kadang-kadang terdapat juga bahan-bahan petikan yang beliau ambil dari Indonesia yang tidak diubah struktur ayat dan bahasanya. Jangan risau itu hanya sisipan.

Beliau turut bercerita dan menghebahkan aktiviti pusat rawatannya di laman blog beliau.

Terasa Maha Hebatnya Allah, bukan setakat diciptaNya makhluk ditepi kita yang kita nampak, tetapi ada juga ciptaanNya di tepi, depan, belakang, dalam, atas dan bawah yang tidak kita nampak. Allahu akbar!

M.Fakhrurrazy M.Ariffhttp://www.blogger.com/profile/13032724595088790555noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7553552265651813697.post-6090297558567712042009-03-20T15:29:00.005+08:002009-03-23T13:28:39.563+08:00Kuasa pengiklanan dalam perniagaanMasih cerita mengenai Penang. Orang Penang lah katakan. Penang ni pernah diberi gelaran `syurga makanan' Malaysia, tidak tahu statusnya sekarang. Masih `syurga makanan' atau sebaliknya.

Alhamdulillah kerana makananlah agaknya, anak saudaraku yang terkini Uwais semakin `bersemangat' tubuhnya tidak sepadan usianya. Muhammad Uwais Qarni bin Mohd. Hafiz, anak Mah, kalau kelaparan seluruh isi rumah boleh mendengar `isyaratnya'.

Berbalik kepada cerita tentang `syurga makanan' Malaysia. Semasa dalam perjalanan pulang ke KL, sempat kami singgah untuk pekena Char Koew Teow di Sungai Dua. Boleh tahan sedapnya, tetapi yang lebih menarik perhatian kami ialah signboard nya. Moga ia menjadi panduan kepada semua pengusaha makanan, kedai runcit, kedai dobi dan sebagainya agar tidak memandang enteng kepada kuasa signboard.

Muslim yang sejati sentiasa memikirkan makan-minum yang menjadi darah dagingnya. Ini memberi ruang kepada pengusaha Muslim yang prihatin agar untuk menghebah, mengiklan dan memberitahu kepada semua pelanggan tidak kira Muslim ataupun non-Muslim, bahawa kedainya bukan setakat menyediakan makanan halal tetapi juga baik. Halalan Thoiyyiba.

Oleh itu, gunakan kelebihan yang ada pada marketing tools. Sama ada flyers, banner, signboard, brochure, newsletter, iklan radio, iklan TV, internet, cakap mulut, gossip dan sebagainya. Hebahkan kelebihan perusahaan kita, walaupun kita menyangkakan semua orang tahu, tetapi tidak semua orang tahu. Kita menyangkakan kedai XYZ membuang isi dan kepala ikan bilis dalam sajian nasi lemaknya, tetapi siapa tahu rupanya tidak!
M.Fakhrurrazy M.Ariffhttp://www.blogger.com/profile/13032724595088790555noreply@blogger.com10tag:blogger.com,1999:blog-7553552265651813697.post-76844639200469245752009-03-18T16:02:00.002+08:002009-03-18T16:15:57.899+08:00Dari Dia Kita Datang..KepadaNya jua kita kembali.. Salam takziah buat adik iparku Maria yang baru kehilangan seketika bondanya tercinta, InsyaAllah kita semua akan bertemu kembali abadan-abada pada perhimpunan agung kelak. Itu janji Tuhan.

Bondanya pergi meninggalkan dunia yang sekejap ini pada malam tadi kira-kira jam 8.40 malam kerana sakit tua. Didoakan semoga rohnya dirahmatiNya dan ditempatkan bersama-sama golongan Solihin wal Faizin. Amin.M.Fakhrurrazy M.Ariffhttp://www.blogger.com/profile/13032724595088790555noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7553552265651813697.post-72404749414890466062009-03-15T10:49:00.002+08:002009-03-17T14:21:30.377+08:00Lawatan Sambil BelajarTidak perlu memeningkan kepala untuk memahami bagaimana stimulus package dapat membantu rakyat dalam kegawatan ekonomi yang paling dahsyat dalam milenia ini. Dalam diam tak diam, otak aku ini sempat juga mengingat subjek Mikroekonomi yang diajar dulu tatkala dunia sekarang memerlukan pelbagai `rangsangan ’ untuk kembali bernyawa.

Program kursus dalaman yang dianjurkan di Pulau Pinang baru-baru ini betul-betul menyedarkan aku bahawa peri pentingnya galakan untuk berbelanja dalam negeri. Mari kita menyusuri dari awal program bagaimana perbelanjaan kami mudah-mudahan dapat membantu para usahawan tempatan mengisi kantung mereka.

Pemilihan agen pelancongan sekurang-kurangnya dapat membantu mereka membantu kami melancarkan aturcara program. 2-3 orang staf mereka pun sentiasa bersenyuman manis melayan karenah kami segerombolan. Hotel yang dipilih di tepi pantai Batu Feringghi pun memberikan pengalaman yang menarik bagi kami. Daripada bell-boy, receptionist, chef sehinggalah kepada operator aktiviti horse riding, tentu senang hati apabila poket `masyuk’. Ditambah pula apabila gerombolan kami ini bersiar-siar bersama keluarga masing-masing. Maka singgahlah mereka untuk mengisi perut di kedai nasi kandar, mi udang ataupun char koew teow. Sebagai tanda memori, kedai cenderamata harus disinggah, menaiki kereta kabel ke Bukit Bendera ataupun menaiki feri.

Itu semua menjana ekonomi. Walaupun ianya dalam skala yang `ciput’ aku berharap mudah-mudahan Allah s.w.t menerima ibadah kami itu. Di samping bertujuan untuk menjana ekonomi, kos yang dibayar juga sebenarnya untuk membeli keseronokan, ketenangan dan kesejahteraan kepada kakitangan kami dan mereka yang terlibat dengan akitiviti ekonomi bukan mega ini. Harapan aku, sesiapa yang mendapat sesuatu yang `mega’, sebarluaskanlah ia agar rahmatnya turut dirasai oleh khalayak ramai. Amin.

M.Fakhrurrazy M.Ariffhttp://www.blogger.com/profile/13032724595088790555noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7553552265651813697.post-20994537480023508142009-02-01T04:50:00.005+08:002009-02-09T01:44:41.300+08:00Tempat jatuh lagikan dikenang..Rasanya baru semalam tiba di sini, sudah hendak pulang. Itulah yang aku rasakan bila sudah menjejak kaki di bumi Labuan ini. Tugasan aku kali ini di Labuan mengimbau kembali ketika aku bersama Syaiful dihantar ke sini sebagai 'peneroka' pada tahun 2004 yang lalu. Dalam diam tak diam aku pun tidak menyedari hampir 5 tahun sudah pengalaman itu berlalu.

Masa berasa begitu singkat. Itulah petanda akhir zaman. Teringat juga aku sewaktu kecil dahulu selepas solat Maghrib bapak selalu `membaca kitab' pada kami. Antaranya kitab Ihya Ulumuddin dan Tanbihul Ghafilin. Ada ceritanya yang pada suatu masa kelak perjalanan manusia dari satu destinasi ke satu detinasi sudah semakin singkat dengan menggunakan burung besi. Pada zaman itu juga laut sudah seakan sejengkal sahaja dalamnya. Itulah sebahagian tanda akhir zaman. Maksudnya, manusia bebas bergerak dengan cepat hasil kemajuan teknologi pengangkutan udara, darat mahupun laut.

Dengan `burung besi' itulah juga yang akan membawaku pulang kembali ke KL petang ini. InsyaAllah.M.Fakhrurrazy M.Ariffhttp://www.blogger.com/profile/13032724595088790555noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7553552265651813697.post-82135197568156837752009-01-30T20:50:00.008+08:002009-02-01T04:49:19.973+08:00Perhimpunan aman adik-beradikSudah lama rasanya aku tidak mencoret di halaman ini, coretan terakhir pun dibuat pada tahun lepas. Lama tuh. Memang betul kata orang, makhluk namanya manusia ini jika diberi berpuluh-puluh jam sebagai tambahan 24 jam sehari pun tidak akan cukup. Sibuk memanjang.

Alhamdulillah pada ketika dan saat ini aku diberi nafas untuk mencoret lagi di ruangan ini. Ada sedikit kelegaan pada waktu ini.

Kelegaan ini sedikit sebanyak didorong juga oleh kehadiran adik-adik yang datang secara mengejut ke KL semalam. Kata Hafidz sengaja untuk beri surprise balik kota. Ceh! Ingatkan orang kota sahaja yang boleh buat surprise balik kampung. Kehadiran Hafidz, Jiha, Basit dan rakannya Miqdad sememangnya membawa sedikit kelegaan apabila kesemuanya dapat berhimpun sambil makan dan bercerita. Perhimpunan ini tidak perlukan permit walaupun kadangkala suara-suara yang keluar menyamai atau lebih berapi nadanya dari penceramah politik atau penjual ubat.

Banyak cerita yang diceritakan pada malam itu sambil menyantap hidangan di RasaMas Alamanda, restoran makanan segera milik QSR Brands Bhd, yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dato' Muhammad Ali bin Hashim, pelaung utama saranan jihad bisnes di tahanair. Antara cerita yang senang dikongsikan ialah pengalaman Adinda Elin & Hafidz didatangi hamba Allah yang pada mulanya tidak dikenali dan sehingga ke sudahnya pun tidak kenali. Dia datang, menyapa dan terus meninggalkan seribu tanya.

Kisah Adinda Elin pada suatu hari yang penuh dugaan dan cabaran di tempat kerjanya. Baik datangnya dari rakan sekerja mahupun kerja itu sendiri. Diringkaskan cerita, pada malam tersebut setelah selesai solat Isya' di Masjid Negara, hujan masih renyai-renyai dan para jemaah pun sudah mula beransur pulang. Tidak semena-mena dalam kesedihan Adinda Elin mengadu kepadaNya, datang seorang perempuan yang agak berumur berpakaian serba kuning menegurnya. Seolah-olah tahu apa yang terjadi kepada Adinda Elin seharian, diringkaskan lagi cerita beliau menyuruh Adinda Elin, `pulang kerana hari dah gelap, bersabar, cuba lagi dan semoga bertemu lagi'.

Pelik dan sukar difahami bukan? Pelik dan pening lagi Adinda Elin dibuatnya. Maha Agung dan Hebatnya Allah, hanya Dia yang Maha Pakar lagi Mengetahui. Alhamdulillah, keesokan harinya di tempat kerja Adinda Elin dapat berkerja dengan gembira, masalah kelmarin dengan rakan sekerja dan kerjanya sudah selesai. Malah beliau mendapat berita gembira (mudah-mudahan) dari pihak pengurusan syarikatnya. Apa beritanya? Nantilah saya beritahu di lain waktu.

Cerita Hafidz pun lebih kurang serupa. Kisahnya juga berlaku di masjid tapi kali ini di Masjid At-Taqwa Kepala Batas. Pelbagai perasaan bercampur baur ketika menghadapi cabaran menjadi finalis Cari Menantu TV9 yang lalu. Juga selepas solat Isya', dalam situasi yang lebih kurang sama dialami oleh kakak iparnya, Hafidz didatangi oleh seorang lelaki berpakaian serba putih dan berwajah jernih. Diringkaskan cerita, beliau memberi panduan kepada Hafidz agar membetulkan niat, seterusnya menjadikan program tersebut sebagai platform untuk berdakwah dalam meraih keberkatanNya. Kehadiran lelaki tersebut turut disedari beberapa orang jemaah namun akhirnya terus meninggalkan misteri kerana tiada sesiapapun yang mengenalinya.

Begitulah kisahnya. Peristiwa yang kadang-kadang berlaku dalam kehidupan seharian kita tanpa kita sedari bahawa setiap nafas yang dihela mempunyai asbab musabab tersendiri. Semuanya mempunyai hikmah, dirancang rapi oleh Maha Perancang. Hebat sungguh Dia.M.Fakhrurrazy M.Ariffhttp://www.blogger.com/profile/13032724595088790555noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7553552265651813697.post-87801153943467419302008-12-28T16:31:00.006+08:002009-01-03T13:20:43.374+08:00Jangan mencuri!
" [38] Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[39] Maka sesiapa yang bertaubat sesudah dia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Al-Maidah.

M.Fakhrurrazy M.Ariffhttp://www.blogger.com/profile/13032724595088790555noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7553552265651813697.post-16455085174108523892008-12-18T10:48:00.006+08:002009-01-03T12:44:09.430+08:00Game Islami di PS3Buat sesuatu mesti bertujuan. Tidak ada orang yang membuat sesuatu perkara tanpa tujuan hatta orang duduk termenung pun ada tujuannya. Cubalah tanya tujuannya.

Dalam penghasilan produk-produk seni, lebihlah lagi maksud dan mesej yang ingin diselitkan. Orang menulis puisi, mengarah filem, melukis lukisan atau mengeluar drama, semuanya mempunyai tujuan yang besar. Iaitu mesej yang dibawa secara tersurat mahupun tersirat.

Umat Islam sebenarnya mempunyai obligasi yang besar untuk menggunakan medium-medium tadi membawa dakwah Islamiyyah, menceritakan keindahan Islam, gaya hidup Islam mahupun menangkis serangan `membunuh' Islam.

Alhamdulillah, walaupun kecil dan sedikit (pada pengetahuan aku) sudah ada rakan-rakan kita di seluruh jagat membawa mesej-mesej Islami untuk kegunaan seluruh jagat juga.

Tetapi teringin juga aku melihat ada karyawan kita yang menghasilkan permainan video Islami (bagaimana ya?) di PS3 yang sekurang-sekurangnya dapat melawan balik propaganda secikai ini.

Terima kasih kepada emak & bapak aku yang menghantar aku belajar di universiti berteknologi, sekurangnya aku ambil endah juga tentang teknologi ini..

Ada sesiapa berminat? M.Fakhrurrazy M.Ariffhttp://www.blogger.com/profile/13032724595088790555noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7553552265651813697.post-10667893889596328132008-12-15T14:07:00.012+08:002008-12-20T15:52:53.447+08:00Arahan Dari Istana
Sebenarnya suasana di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya sudah lama memikat hatiku. Tetapi yang lebih menarik minat aku ialah persekitaran kawasan kediaman di situ berbanding Pusat Pentadbiran itu sendiri. Banyak nilai sentimental berlegar di situ selain terletaknya rumah mertuaku dan cawangan tempat kerjaku.

Bagiku menghirup udara di persekitaran tasik dekat Masjid Putra sungguh menenangkan. Atau jalan-jalan sambil berbasikal di Taman Botani sungguh menyihatkan. Atau ambil-ambil angin di puncak Menara Tinjau sungguh menyenangkan mata memandang. Alah, jalan-jalan menyusuri jalan ke Surau Presint 11 pun sudah melegakan.

Begitulah persekitaran yang diwujudkan oleh kerajaan persekutuan untuk pekerja-pekerjanya atau juga disebut government servant. Hamba kerajaan. Selesa, indah dan nyaman semata untuk mengabdikan ketaatan kepada kerajaan.

Bagaimana pula ketaatan kita kepada Raja segala Raja? Yang menduduki kerajaan di atas segala kerajaan, kuasa segala kuasa, hakim segala hakim dan takhta segala takhta. Dia yang menduduki 'Arasy di atas KursiNya di IstanaNya yang menakluk segala-galanya.

Bersamalah kita patuh kepada arahan dari Istana, sebagai hamba, kita kena buat kerja.

M.Fakhrurrazy M.Ariffhttp://www.blogger.com/profile/13032724595088790555noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7553552265651813697.post-4634123476320553492008-12-05T18:19:00.006+08:002008-12-13T16:44:07.384+08:00Hujan yang menerbangkan payung, merapatkan jemaahSungguh lama tidakku mendengar khutbah yang sedemikian `berapi-api' dan menyentuh segenap rasa hati dan otakku. Khutbah Jumaat yang aku maksudkan, bukan khutbah pilihanraya Anwar Ibrahim (Dato' Seri) atau kempen Obama mahupun Osama.

Itulah kelebihan khatib tadi yang mampu memberikan khutbah dengan penuh bersemangat, membangunkan jemaah yang terlena ditambah pula matanya yang asyik berhubung tanpa melihat teks khutbah. Pada mulanya mahu juga kulayan mata yang semakin meredup, tetapi bila mendengarkan khatib yang perlahan-lahan memasuki high-gear sampai ke penghabisan khutbah aku terus terghalit dengan penyampaiannya.

Ligat otakku berfikir alangkah baiknya kalau ramai khatib yang boleh `berpenampilan' segar dan bersemangat menyampaikan khutbah. Alangkah baiknya kalau ada sesekali Jabatan Agama Negeri membenarkan masjid membenarkan khatib membenarkan jemaah melayan khutbah tanpa tidur dengan mendengar khutbah disampai tanpa membaca teks. Bukan apa, kadang-kadang keterikatan yang kuat kepada teks akan menyebabkan khutbah dirasa begitu jauh dan membuai jemaah sampai terlelap.

Bila difikir-fikir, indahnya Islam mengatur aturan hidup umatnya untuk kembali mengingati Allah, kembali bertaqwa kepadaNya. Dengan kewajipan solat berjemaah di hari Jumaat kepada kaum lelaki, paling kurang seminggu sekali kaum pemimpin ini akan diceritakan kehebatan Allah, diajak bertaqwa oleh khatib kepada para jemaah dan dirinya jua. Paling kurang seminggu sekali kaum pemimpin ini akan berasa gerun kepada Penciptanya mahupun berasa cinta untuk berdamping denganNya. Bagaimana kaum lelaki ini hendak membawa kisah gerun akan Pencipta ataupun kisah cinta agung ini, sebagai bekalan seminggu kepada anaknya, isterinya mahupun pekerjanya, jika khutbah yang diseru tidak pun meresap ke dalam jiwa?

Itulah ceritanya. Pengalaman mendengar khutbah Jumaat di masjid yang berposkod Kuala Lumpur tetapi diselia oleh pihak berwajib negeri Selangor. Teringat juga aku cerita lampau ketika Ust. Shukri berkhutbah tanpa teks di masjid dekat Bangsar, tatkala di pertengahan khutbahnya dia menyeru para jemaah di luar masjid agar segera masuk ke dalam kerana hujan mulai turun dengan lebat. Termasuklah geng-geng promoter zakat yang basah kuyup dek hujan lebat yang menerbangkan payung dan membasahkan risalah-risalah rukun Islam ketiga itu. Hujan yang membawa rahmat, sempena kelulusan masjid membenarkan Ust. Shukri berkhutbah, barangkali.M.Fakhrurrazy M.Ariffhttp://www.blogger.com/profile/13032724595088790555noreply@blogger.com0