Hidayah dan pertolongan Allah datang tak siapa pun sangka & menduga. Aku rasa nak berkongsi cerita daripada apa yang diceritakan seseorang kat aku. Sabtu lepas, aku duty kat Masjid Negara, boleh tahan la pembayar zakat yang datang melangsaikan kewajipan mengambil keberkatan sempena Ramadhan.
Sekonyong-konyong datang seorang hamba Allah datang membayar zakat untuk dirinya & isterinya. Memandangkan tiada orang pada waktu tu, aku pun buka mulut untuk bertanya dia macam-macam kerana hatiku terdetik, saja nak borak-borak..Lagipun dia ada memakai tag tergantung kat leher dia, itu yang buat aku semangat lebih nak bertanya..kerja di mana hari Sabtu sebegini..
Rupanya dia seorang volunteer da'ie kat Masjid Negara terutamanya pada hari-hari minggu. Wah! Seorang pendakwah sukarela, duduk depan aku hari-hari minggu sebegitu, aku pun lagi bersemangat nak mendengar kisah-kisah yang nak keluar dari mulutnya. Ya lah.. nak buat kerja-kerja bercerita tentang Iman, Islam & Ihsan pada orang ramai bukan calang-calang orang bang..
Aku rasa mungkin dah ramai yang kenal Dr. Y Mansoor Marican. Macam-macam kerja amal dia buat. Dr. Mansoor ni buat PhD dalam Politik, Dasar & Hubungan Antarabangsa, tak silap aku lah.. Dah pencen & pernah mengajar di universiti-universiti di Malaysia, Singapore & Kanada.
Topik cerita aku pada mulanya berkisar tentang sambutan para pelancong tentang usaha dakwah yang dibuatnya.. Ye lah, setiap hari di Masjid Negara (MN) tu penuh dengan pelancong! Dia kata sambutan amat menggalakkan, dan lebih menyeronokkan bila dia mengIslamkan sendiri mereka! Ini yang membuatkan aku menjadi lebih ghalit menjadi pendengar setia..
Ceritanya lebih kurang 3-4 minggu lepas, seorang pelancong Belgium datang sorang-sorang lepak-lepak di MN.. Mat Saleh ni banyak soalnya pasal Islam, tough question, berpeluh jugak la nak menjawab. Lalu ada seorang hamba Allah ni bawa Mat Saleh ni berjumpa Dr. Mansoor di ofis dia, dalam MN. Sesi soal-jawab ni berlangsung dalam pelbagai suasana, mesra, tenang, tegang, panas dan sebagainya dari pagi sampai ke waktu maghrib. Mat Saleh ni pun balik hotel, memandangkan esok flight dia balik ke Belgium.. Ditaqdirkan, flight dia ditunda & Mat Saleh ni balik berjumpa dengan Dr. Mansoor. Tanpa banyak soal, dia mengucapkan kalimah suci Lailaha illallah!
Itu cerita hidayah Allah. Tak perlu kita nak selarikan dengan logik akal. Sebab Dia yang cipta akal. Kalau tuan puan pernah ke MN & ada terlihat risalah-risalah dakwah dalam pelbagai bahasa, itu semua hasil kerja Dr. Mansoor. Baik bahasa Sepanyol, Jepun, Mandarin, Inggeris, semua tu hasil kerja dia. MasyaAllah.. hebat kekuatan yang Allah bagi padanya, kekuatan yang kita nak, kita kena minta dariNya.. Di sebalik pembikinan risalah-risalah tu, ada cerita hebat pertolongan Allah kepada Dr. Mansoor. Ada-ada saja kerja Allah nak memudahkan hambaNya menjalankan usaha dakwah. Nanti la aku cerita lagi..
No comments:
Post a Comment