Tup-tup aku mendapat jemputan berbuka puasa dari Mat. Jemputan untuk AJK-AJK yang berhempas pulas menganjuran satu program di website, termasuklah Jas sekali. Kami pun bersepakat berbuka di Bangi, satu port yang agak sesuai & logistically-wise memandangkan hujung minggu tu aku pulak bermukim di rumah mertua di Putrajaya. Mat & Jas dari Nilai, kira ok la.
Pelbagai topik disembang, dibincangkan kami malam tu. Kisah politik tanahair memang menjadi maudu' wajiblah, tiada pengecualian. Antara yang panas ialah cerita penahanan ISA, especially RPK yang tak makan saman. Dalam sembang-sembang tu aku memetik pandangan Pn.Ainon Presiden Univ. Terbuka PTS. Begini katanya,
"YM RPK adalah contoh “dummy-Islam” yang gagal didekati oleh agensi-agensi dakwah-Islam kita. Golongan ini amat banyak jumlahnya.
Pandangan dan pendapat golongan “dummy” amat penting dianalisis dan difahami, sebab dari situ barulah kita tahu bagaimana cara mahu menerangkan mesej-mesej “Islam yang betul” kepada mereka.
Apabila “dummy-dummy” bercakap, dan apa yang dipercakapkan itu “salah”, itu adalah normal. Masakan percakapan “dummy-dummy” serupa isi kandungan ilmunya dengan percakapan ustaz-ustaz.
Sebagaimana ustaz-ustaz yakin apa yang dipercakapkannya “betul” demikian juga halnya dengan “dummy-dummy” itu, mereka juga amat yakin bahawa apa yang dipercakapkannya adalah “betul”.
Kita perlu membezakan 2 perkara:
(i) Bahawa “dummy-dummy” seperti YM RPK itu tidak berniat menghina Islam.
(ii) Kitalah yang berpandangan dan berasa bahawa Islam telah terhina oleh tulisan-tulisan “dummy-dummy” itu.
Justeru, marilah kita membela Islam dengan menghasilkan tulisan-tulisan yang memberikan pencerahan kepada “dummy-dummy” itu, bukan menangkap dan mengurung mereka di bawah ISA. Langkah membuat laporan polis dan menghukum “dummy-dummy” itu tidak dapat mencerahkan “ke-dummy-an” mereka. "
Kerja membuat laporan polis adalah kerja enteng. Kerja menyampaikan mesej-mesej Islam kepada “dummy-dummy” adalah kerja yang berat dan susah. Tuan puan boleh layari komen penuh beliau di sini.
Kemudian topik beralih arah pulak pada cerita-cerita hantu. Bermulanya kerana kami menanti live-band yang menyanyi dari meja ke meja, tak jugak menyanyi lagu berhantu, Hotel California..
Berbalik cerita hantu ni, mana ada hantu kan bulan puasa sebegini.. Kan syaitan, iblis, hantu dah kena rantai. Teringat aku tazkirah Ustz. Hasrizal SaifulIslam yang datang ke pejabat Jumaat lalu. Anjing, kalau dah kena rantai, kena kurung, makin kuatlah ia meraung. Makin kuatlah ia mengganas, betul tak?? Tambah pulak ada yang suka pergi dekat-dekat dengan rantai dan kurungannya...
No comments:
Post a Comment