Saturday, September 13, 2008

Bantuan Allah (samb.)

Kita sambung lagi pasal hidayah & bantuan Allah. Kalau tuan puan pernah tengok risalah dakwah yang Dr. Mansoor buat ni, kadar pemeruapan ke akal & hati nya memang tinggi. Senang cerita, risalahnya mudah difahami, senang diresapi kepada mereka yang nak mengenali & memahami Islam. Tapi di sebalik pembikinannya, ada pelbagai cerita kehebatan Allah.

Dalam pembikinan risalah berbahasa Sepanyol, ke sana ke mari Dr. Mansoor ni mencari-cari translator untuk pembaca di kalangan warga Spain, Mexico, Venezuela, dsb. Satu kelebihan Dr. Mansoor ni, dia memang celik IT (dah namanya Doctor) & dia menggunakan sepenuhnya medium IT ini untuk menyebarluaskan dakwah ke seantero dunia. Puas dia masuk forum itu ini, blog, website dsb sampai la satu hari ada seorang hamba Allah dari mana..aku tak ingat, tapi dari Amerika Latin, bersetuju untuk menolongnya.. Bila risalah dah siap dicetak, maka ramailah pembaca-pembaca memuji gaya bahasanya, isi kandungannya dan sebagainya. Amat kurang bahan bacaaan Islam dalam bahasa Sepanyol, kata mereka.


Maha Agung Allah! Gembira bukan sikit Dr. Mansoor bila dia tahu rupanya penterjemah itu adalah seorang penterjemah terkenal di sana..

Cerita pasal risalah berbahasa Mandarin pulak. Satu hari semasa hendak pulang dari sebuah kedai alatulis, Dr. Mansoor pun mengedarkan sehelai risalah berbahasa Mandarin kepada tokey kedai yang berbangsa Cina. Mudahan-mudahan hidayah memeluk Islam tumbuh di hati tokey itu. Dipendekkan cerita, satu hari Dr. Mansoor menerima pelawaan dari seorang academician berbangsa Cina untuk menambahbaik mutu terjemahan risalah beliau. Pelawaan diterima dengan senang hati, percuma pulak tu. Setelah diselidiki, barulah Dr. Mansoor tahu bagaimana sehelai risalah beliau itu telah berpindah tangan demi tangan, dan akhirnya tiba kepada tokoh akademik itu yang digerak hatinya oleh Allah untuk menolong beliau. Hebat aturan Allah.

Cerita risalah berbahasa Jepun pun ada diceritakan oleh Dr. Mansoor, tapi aku dah lupa ceritanya..





"Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dialah yang beroleh petunjuk dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi" Al-A'raf:178

No comments:

Post a Comment