[39] Maka sesiapa yang bertaubat sesudah dia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Al-Maidah.
Tiba-tiba dalam kesesakan jalan raya di Jalan Cheras menuju ke pejabat, berkumandang sebuah lagu yang begitu menyentuh kalbuku.. Lagu yang pernah berlegar di usia remajaku dan ketika satu program team-building dianjurkan kakitangan pejabat. Begitu syahdu bila mengenangkan kasih sayang Tuhan yang mengatasi segalanya. Maha Suci Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Terdengar bisikan mesraMenurut sebuah hadis riwayat al-Hakim dan al-Tirmizi daripada Zaid bin Aslam r.a., beberapa orang sahabat Nabi daripada keluarga al-Asy’ariyyin yang baru sampai dari perjalanan berhijrah merasa lapar. Mereka telah mengutuskan seorang daripada kalangan mereka untuk mendapatkan makanan daripada Rasulullah SAW.
Apabila wakil mereka sampai ke rumah Nabi, beliau mendengar Nabi SAW sedang membacakan ayat ini. Rasa yakin akan rezeki Allah menerusi ayat yang dibacakan oleh Nabi itu menyebabkannya pulang semula tanpa meminta. Sesampainya kepada sahabat-sahabat seperjalanannya, dia terus memaklumkan bahawa rezeki Allah akan sampai kepada mereka.Entah tetiba aku tertarik dengan judul buku tu, padahal waktu tu bukannya pada bulan Ramadhan kami pergi pada 9 Mei 2008. Itu namanya perancangan Allah. Rupanya imej tu nak dipakai dalam blog aku dalam bulan puasa ni..
Di sini bukan aku nak promote buku ni, mengulas, mengupas, mengomen apatah lagi mengenalkan penulisnya yang seorang pastor di California. Aku pun tak selak apa isi kandungannya. Cuma aku tertarik dengan caption dia.. `Fasting.. Opening the door to a deeper, more intimate, more powerful relationship with God'.
Allah dah mensyariatkan ibadah puasa untuk hamba-hambaNya yang mengandungi pelbagai hikmah. Baik hikmah untuk jasad mahupun roh orang yang berpuasa. Physical & spiritual. Marilah kita bersama-sama menghayati ibadah agung ini, satu pintu untuk perhubungan yang lebih berkuasa, intim dan mendalam dengan Tuhan..