Bulan lepas umat baginda Rasulullah menyambut ulangtahun kelahiran junjungan agung ini dengan penuh kesyukuran dan pengharapan. Bersyukur di atas segala nikmatNya membolehkan kita masih berkesempatan mengaku baginda adalah pemimpin umat pemberi syafaat. Berharap pula moga-moga amal ibadah kita diterima Allah dan kelak menyaksikan baginda pula mengaku kita adalah umatnya.
Mutakhir ini manifestasi kesyukuran pada ulangtahun kelahiran baginda Nabi s.a.w bukan setakat ditunjuk oleh rakyat kebanyakan malah ia turut dikongsi oleh para entiti korporat tanahair. Buktinya dengan paparan iklan berwarna muka penuh di akhbar arus perdana ini oleh Bank Rakyat. Usaha ini patut dipuji kerana laungan puji-pujian kepada baginda tidak hanya bergema di surau-surau atau masjid, malah di dada-dada akhbar arus perdana juga oleh para korporat Muslim sebagai salah satu tanda memperingati baginda. Saya tertarik dengan tema pengukuhan silaturrahim dalam iklan ini namun saya berpandangan di akhir ayat lebih sesuai ditulis ".....bepandukan Al-Quran dan Sunnah" daripada ".....berpandukan Hadis dan Sunnah". Mungkin para copywriter Bank Rakyat mempunyai pandangan tersendiri. Hanya Allah yang lebih tahu.
Ya Nabi Salamun 'Alaik!
No comments:
Post a Comment